The Wedding Breaker





Penulis  : Evelyn Rose
Negara  : Malaysia
Bahasa  : Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit : Karyaseni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 642
Tarikh Terbitan : November 2012
ISBN : 978-967-0246-36-9
Rating :






Ulasan

Buku ni telah ku beli pada Aug yang lalu setelah ku baca kat penulisan2u tapi hanya ada beberapa bab ajer..entah camne boleh terbaca review novel ni masa google kat internet...itu yang telah meruntun jiwaku untuk baca buku  nih..Pastu puas carik buku ni kat MPH...4 Aug baru aku dpt beli...dan hanya dpt bacanye 16 Aug yg lalu...bak kata pepatah " Better late than never"..Aku ucapkan syabas pada Evelyn kerana berjaya hasilkan karya yg dpt jinakkan semula hati aku nk baca novel melayu nih...aku dh baca 2x buku ni tapi mcm tak puas hati nak baca lagi...aku rasa antara buku yang pernah aku baca setakat nih, buku ni paling "terbaik" pengisiannya...


Sinopsis





 Kisah Ariana yang telah mengaibkan Tengku Adam dengan mengaku yang dia telah hamil demi menyelamatkan sahabatnya dari berkahwin dengan seorang "Playboy" itu telah mengundang "malapetaka" pada dirinya sendiri...Akibatnya Tengku Adam telah menodai Ariana tanpa kerelaannya dan telah jatuh hati pada Ariana setelah mengetahui perkara yang sebenar...Selepas kejadian peristiwa hitam itu, Ariana telah melarikan diri ke kampungnya dan telah dilamar oleh ibu bapa T. Adam tanpa pengetahuan Ariana & T. Adam...Adakah Ariana rela bernikah dengan T. Adam ??? kalau nak tau cerita selanjutnya kena dapatkan buku ni lah yer..
Buktinya aku memang suka "giler" dengan watak Ariana & Tengku Adam dalam buku ni, memang tak terjangkau dek akal oleh sesiapa yg waras bagaimana dua org ini boleh bersatu menjadi pasangan yg bahagia. Konflik dalaman / konflik di jiwa watak Ariana & T. Adam byk memberi mesej yg baik & berkesan di hati pembaca sebagai hamba Allah di duniaNya ini...dan menyedarkan kita tentang amanah dan tanggungjawab sebenar kita sbg seorang hambaNya. Tak lupa juga tanggung jawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak  dan percaya kepada qada dan qadarNya...jika kita sudah jauh tersasar dari jalan yang benar ...cuba cari jalan utk dptkan hidayahnya. sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi mengasihani...dan 'pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya yang ingin kembali ke pangkal jalan...'


Cuma aku tak faham cerita ttg dua watak Ramzul Botak dan adiknya Liyana tu dlm buku ni yg tak dijelaskan apakah sebenarnya yg telah berlaku antara Adam dan mereka nih...kalau dpt dipanjangkan lagi ceritanya mungkin lebih menarik pada pendpt aku...

tapi aku dah tanya Evelyn ni kat FB dan ni yang dia jawab

1:24am
The Wedding Breaker
Wsalam wbt , alhmdlh... TQ kak for ur review n very glad to read it owh yg part botak n liyana tu ada ceritanya kak. Hehe tp if akk nk tahu boleh baca di blog saya, ada cerpen khas kat situ
Tq kak


kalau nak tau lebih lanjut pasal cerita nih boleh klik link ni yer...  the-wedding-breaker-cerpen-khas



No comments:

Post a Comment