Isteri Separuh Masa





Penulis  :  Suri Ryana
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta, Malay Fiction
Penerbit :  Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 551
Tarikh Terbitan :March 2012
ISBN :  978-967-5067-96-9
Rating : ★★★







Ulasan :

Setelah aku dapat tahu buku ni Juara Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2013 pada 21 Aug yang lalu, walaupun aku lambat dapat tau sebenarnya anugerah ni 6 Aug lepas...tapi takpe semangat punya pasal sebab aku dah penah baca buku Suri yg pertama "MAID" tu memang 'best giler" aku pun terus gi MPH Alamanda..Alhamdulillah masih ada beberapa unit lagi baki kat grobok buku MPH tu...aku pun beli...
pastu terus baca...24 jam jer aku dah "khatam" buku ni sebab buku ni nipis sikit dari buku Suri yg pertama tu...

cerita pasal budak perempuan nama Medina Izwani yang terpaksa bernikah dengan abang angkatnya Nazrin Shah yang tujuh tahun lebih tua dari dia, anak lelaki pada keluarga angkatnya tu kerana dek nak balas jasa budi keluarga angkatnya atas desakan nenek angkatnya tu...walau pun Nazrin memang benci betul dengan Medina dan telah ada kekasih pilihan hatinya sendiri,  tapi kerana sayangkan nenek dia tu yg sakit jantung tak sihat...dia pun akhirnya setuju bernikah sebelum Nazrin pergi sambung belajar PhD di United Kingdom.. Medina ni masuk USM di Penang. Selepas 4 tahun Nazrin pun balik ke Malaysia dan bertugas sebagai Pensyarah di USM dan ambil alih kelas tutorial subjek Elektronik Medina...bermula dari situlah hidup Medina jadi huru  hara dek terpaksa berlakon menjadi isteri kepada Nazrin ketika kedatangan keluarga angkatnya ke rumah Nazrin di Penang secara mengejut. Medina umpama makan hati berulam jantung dengan perangai Nazrin yang diibaratkan Medina sebagai "si bapak singa" tu...

Jalan cerita yg pada aku menarik dan teruja utk baca hingga akhir muka surat tetapi pendapat peribadi aku lah kan...buku ni kurang "umph" dari buku "MAID" yg pertama Suri tulis dulu...aku rasa buku ni akan lebih seronok untuk dibaca jika Suri dapat gambarkan sedikit saat romantis dan komedi  bagaimana perubahan Nazrin yang garang giler tu...berubah  "menyulam" cinta, kasih dan sayang menjadi suami Medina pada pertama kali tu dan sebagai pasangan suami isteri yg sebenar...Nazrin digambarkan suka merenung dan memandang Medina jer...sebagai pembaca aku kurang faham saat-saat romantis yang cuba digambarkan oleh penulis....tapi tahniah pada Suri kerana berjaya jadi juara anugerah nih...aku harap Suri dapat hasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang..

kalau nak tau lebih lanjut psl Suri Ryana boleh klik link ni ye..  Suri Ryana

Inilah gambar penulis buku ni dari keratan akhbar Berita Harian.























...lagu Hujung Waktu - Azhael adalah lagu tema drama Isteri Separuh Masa yang telah disiarkan di Astro Ria mulai 16 March 2015...


No comments:

Post a Comment