Projek Memikat Suami





Penulis  :  Hanina Abdullah
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Penulisan Enterprise
Bilangan Mukasurat :  525
Tarikh Terbitan : August 2012
ISBN :  978-967-11208-2-8
Rating : ★★






Ulasan

Buku ni cerita tentang Nawwal Husna yang terpaksa bernikah dengan lelaki pilihan keluarga Zahrain Alimin. Walau pun pada awalnya Nawwal tidak setuju tapi setelah diberi nasihat oleh kakaknya, Nawwal akhirnya setuju berkahwin dengan Zahrain yang memang tidak suka langsung dengannya. Oleh kerana nak tawan hati Zahrain, kakak2x Nawwal telah mengajarnya ilmu bagaimana menjadi isteri yang boleh mencairkan hati Zahrain yang digambarkan keras seperti 'ketul ais'. Macam2x cara digunakan oleh Nawwal yang akhirnya dapat jugak tawan hati si Zahrain yang ego dan keras hati nih...senang jer rupanya nak cairkan lelaki ni yer he he he...tapi Zahrain ni ego dan seorang yang tidak boleh mengalah dengan perempuan... tapi akhirnya Zahrain mengalah jugak setelah Nawwal tinggalkan rumah tanpa berita...nak tau camne kisah diorang nih kena beli buku ni ye.


Tahniah Hanina kerana berjaya hasilkan buku novel yg berjaya menarik minat aku utk membacanya...itu pun aku tau lepas google pasal buku novel yg best...sebab ramai yang review kata bagus jadi aku pun cuba carik...alhamdulillah dapat jugak carik kat mph last month...fyi aku dh baca 3x ulang buku nih but still rasa nak baca lagi...memang santai dan menggelikan hati jer baca buku ni tau...ketawa terkekeh-kekeh sampai boleh keluar air mata...sampaikan mr husb pun pelik...pada pendapat aku, buku ni memang best giler dan sesuai sangat untuk orang yang nak nikah...buku ni juga banyak beri info/tips berguna pada aku yang telah pun bergelar isteri nih yg kadang2x tak terfikir langsung tentang perkara2x yang ditonjolkan dalam buku nih sebenarnya adalah perkara penting dalam rumahtangga ..tahniah sekali lagi dan pada pendapat peribadi aku ini adalah karya yang terbaik dari Hanina.

Lepas ni aku nak carik buku Kisah Naz & Khaalish, hrp sgt dpt carik kat mph yg berdekatan dlm masa terdekat nih.. aku rasa aku mmg dah "jatuh cinta" dengan karya Hanina Abdullah nih...mmg "best giler"...

ini reply yg aku terima dr FB Hanina...
1:13pm
  • Hanina Abdullah

    Tqvm m glad that u enjoyed it. Sy harap KNK pun nnt akan menghiburkan. Klu nak bc di blog sy ada citer ke3 seteguh fayqa hingga bab 28 dan dia seadanya hingga bab5




    kalau nak baca lagi karya Hanina boleh klik link ni...hanina abdullah

     

No comments:

Post a Comment