Isteri Separuh Masa





Penulis  :  Suri Ryana
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta, Malay Fiction
Penerbit :  Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 551
Tarikh Terbitan :March 2012
ISBN :  978-967-5067-96-9
Rating : ★★★







Ulasan :

Setelah aku dapat tahu buku ni Juara Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2013 pada 21 Aug yang lalu, walaupun aku lambat dapat tau sebenarnya anugerah ni 6 Aug lepas...tapi takpe semangat punya pasal sebab aku dah penah baca buku Suri yg pertama "MAID" tu memang 'best giler" aku pun terus gi MPH Alamanda..Alhamdulillah masih ada beberapa unit lagi baki kat grobok buku MPH tu...aku pun beli...
pastu terus baca...24 jam jer aku dah "khatam" buku ni sebab buku ni nipis sikit dari buku Suri yg pertama tu...

cerita pasal budak perempuan nama Medina Izwani yang terpaksa bernikah dengan abang angkatnya Nazrin Shah yang tujuh tahun lebih tua dari dia, anak lelaki pada keluarga angkatnya tu kerana dek nak balas jasa budi keluarga angkatnya atas desakan nenek angkatnya tu...walau pun Nazrin memang benci betul dengan Medina dan telah ada kekasih pilihan hatinya sendiri,  tapi kerana sayangkan nenek dia tu yg sakit jantung tak sihat...dia pun akhirnya setuju bernikah sebelum Nazrin pergi sambung belajar PhD di United Kingdom.. Medina ni masuk USM di Penang. Selepas 4 tahun Nazrin pun balik ke Malaysia dan bertugas sebagai Pensyarah di USM dan ambil alih kelas tutorial subjek Elektronik Medina...bermula dari situlah hidup Medina jadi huru  hara dek terpaksa berlakon menjadi isteri kepada Nazrin ketika kedatangan keluarga angkatnya ke rumah Nazrin di Penang secara mengejut. Medina umpama makan hati berulam jantung dengan perangai Nazrin yang diibaratkan Medina sebagai "si bapak singa" tu...

Jalan cerita yg pada aku menarik dan teruja utk baca hingga akhir muka surat tetapi pendapat peribadi aku lah kan...buku ni kurang "umph" dari buku "MAID" yg pertama Suri tulis dulu...aku rasa buku ni akan lebih seronok untuk dibaca jika Suri dapat gambarkan sedikit saat romantis dan komedi  bagaimana perubahan Nazrin yang garang giler tu...berubah  "menyulam" cinta, kasih dan sayang menjadi suami Medina pada pertama kali tu dan sebagai pasangan suami isteri yg sebenar...Nazrin digambarkan suka merenung dan memandang Medina jer...sebagai pembaca aku kurang faham saat-saat romantis yang cuba digambarkan oleh penulis....tapi tahniah pada Suri kerana berjaya jadi juara anugerah nih...aku harap Suri dapat hasilkan karya yang lebih baik di masa akan datang..

kalau nak tau lebih lanjut psl Suri Ryana boleh klik link ni ye..  Suri Ryana

Inilah gambar penulis buku ni dari keratan akhbar Berita Harian.























...lagu Hujung Waktu - Azhael adalah lagu tema drama Isteri Separuh Masa yang telah disiarkan di Astro Ria mulai 16 March 2015...


The Wedding Breaker





Penulis  : Evelyn Rose
Negara  : Malaysia
Bahasa  : Melayu
Genre    :  Cinta
Penerbit : Karyaseni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 642
Tarikh Terbitan : November 2012
ISBN : 978-967-0246-36-9
Rating : ★★★★






Ulasan :

Buku ni telah ku beli pada Aug yang lalu setelah ku baca kat penulisan2u tapi hanya ada beberapa bab ajer..entah camne boleh terbaca review novel ni masa google kat internet...itu yang telah meruntun jiwaku untuk baca buku  nih..Pastu puas carik buku ni kat MPH...4 Aug baru aku dpt beli...dan hanya dpt bacanye 16 Aug yg lalu...bak kata pepatah " Better late than never"..Aku ucapkan syabas pada Evelyn kerana berjaya hasilkan karya yg dpt jinakkan semula hati aku nk baca novel melayu nih...aku dh baca 2x buku ni tapi mcm tak puas hati nak baca lagi...aku rasa antara buku yang pernah aku baca setakat nih, buku ni paling "terbaik" pengisiannya...



 Kisah Ariana yang telah mengaibkan Tengku Adam dengan mengaku yang dia telah hamil demi menyelamatkan sahabatnya dari berkahwin dengan seorang "Playboy" itu telah mengundang "malapetaka" pada dirinya sendiri...Akibatnya Tengku Adam telah menodai Ariana tanpa kerelaannya dan telah jatuh hati pada Ariana setelah mengetahui perkara yang sebenar...Selepas kejadian peristiwa hitam itu, Ariana telah melarikan diri ke kampungnya dan telah dilamar oleh ibu bapa T. Adam tanpa pengetahuan Ariana & T. Adam...Adakah Ariana rela bernikah dengan T. Adam ??? kalau nak tau cerita selanjutnya kena dapatkan buku ni lah yer..
Buktinya aku memang suka "giler" dengan watak Ariana & Tengku Adam dalam buku ni, memang tak terjangkau dek akal oleh sesiapa yg waras bagaimana dua org ini boleh bersatu menjadi pasangan yg bahagia. Konflik dalaman / konflik di jiwa watak Ariana & T. Adam byk memberi mesej yg baik & berkesan di hati pembaca sebagai hamba Allah di duniaNya ini...dan menyedarkan kita tentang amanah dan tanggungjawab sebenar kita sbg seorang hambaNya. Tak lupa juga tanggung jawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak  dan percaya kepada qada dan qadarNya...jika kita sudah jauh tersasar dari jalan yang benar ...cuba cari jalan utk dptkan hidayahnya. sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi mengasihani...dan 'pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya yang ingin kembali ke pangkal jalan...'


Cuma aku tak faham cerita ttg dua watak Ramzul Botak dan adiknya Liyana tu dlm buku ni yg tak dijelaskan apakah sebenarnya yg telah berlaku antara Adam dan mereka nih...kalau dpt dipanjangkan lagi ceritanya mungkin lebih menarik pada pendpt aku...

tapi aku dah tanya Evelyn ni kat FB dan ni yang dia jawab

1:24am
The Wedding Breaker
Wsalam wbt , alhmdlh... TQ kak for ur review n very glad to read it owh yg part botak n liyana tu ada ceritanya kak. Hehe tp if akk nk tahu boleh baca di blog saya, ada cerpen khas kat situ
Tq kak


kalau nak tau lebih lanjut pasal cerita nih boleh klik link ni yer...  the-wedding-breaker-cerpen-khas


Contengan Jalanan






Penulis  :  Hlovate
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Jemari Seni Publishing
Bilangan Mukasurat :  553
Tarikh Terbitan :  Mei 2011
ISBN :  978-967-5118-53-1
Rating : ★★★★★





Ulasan :

Buku ni merupakan buku pertama karya Hlovate yang aku baca setelah aku google byk review kat internet psl penulis nih...ramai yang komen karya Hlovate agak berlainan dari penulis buku yang lain di pasaran jadi aku tertanya-tanya sebenarnya camne pulak gaya penulisan penulis hebat nih...jadi aku pun terus ambik keputusan utk beli jer buku nih kat MPH pada Aug yang lalu...

Buku ni terbahagi pada dua cerita dan dua watak yang berbeza namun ada kaitan antara satu watak dgn watak yang lagi satu tuh...Cerita pertama I-FEND mengisahkan ttg watak Affendi seorang pelajar universiti jurusan Arts yang terlalu "obsessed" dgn "underground music" sehinggakan terikut-ikut dengan gaya hidup idolanya...Namun selepas pertemuan dengan seorang student bernama "Lia" dgn satu "ayat" yang agak sinis telah meninggalkan kesan di hati Fendi. Setelah diajak oleh sepupunya Chad/Irsyad bermusafir ke Australia semasa bulan ramadan, di sana dia telah disedarkan pula tentang apakah sebenarnya yang dicari dalam hidup seorang manusia atau seorang hambaNya di dunia ini ...kematian sepupunya Chad slp pulang dari Australia semasa menyambut Hari Raya di kampung telah memberi kesan yang mendalam seterusnya timbul ruang keinsafan dan menyedarkan Fend untuk kembali ke pangkal jalan sebagai hamba Allah...

Cerita kedua II-K2 pula mengisahkan ttg watak K2 / Kamarulzaman yang juga rakan Affendi, yang juga 'obsessed' dgn 'music instruments'. Pengalaman bermusafir ke Australia bersama Fendi tidak dapat difahami langsung oleh K2 bgmana Fendi boleh berubah slp kembali dari Australia bersama Chad... oleh kerana itu jugak lah K2 telah ambil keputusan untuk pergi bermusafir ke Jakarta secara solo pula untuk mencari kebenaran dan juga untuk memahami apa sebenarnya yang telah dirasai oleh Fendi...

Setelah aku baca buku ni, secara jujurnya aku katakan baca buku nih menitis air mata aku..pengisiannya agak berat dan perlu memahami jalan cerita dengan bersungguh-sungguh sebab kalu tak paham dan  menjiwai watak dlm buku ni mmg agak susah sikit nak faham maksud yang tersirat yang nak disampaikan.. ...terasa semacam ada satu batu besar yang telah menhempap dada aku...mmg rasa sebak, insaf dan takut akan segala perbuatan yang telah aku buat sepanjang aku hidup ni... terasa begitu banyak lagi  yang aku tidak buat sebagai seorang islam.brapa bykkah amalan-amalan ku ??..sempatkah aku untuk lakukan segalanya sebelum ajal datang menjemputku....jadi mmg betul lah tulisan Hlovate ini memang 'unik' pada aku meninggalkan kesan yang begitu mendalam dan menyentuh kuat pada jiwa aku...tqsm Hlovate kerana telah menghasilkan karya yang mengajak ku menginsafi diri aku sendiri...

Petikan dari buku...

Allah berfirman, "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar shj, jika kamu benar-benar mengetahui". Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? ~ (al-Mu'minum:114-115)



Sweet Sour

Penulis  :  Nasz
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Jemari Seni
Bilangan Mukasurat :  570
Tarikh Terbitan :  May 2010
ISBN :  978-967-5118-31-9
Rating :
                        
Ulasan :

Dalam banyak buku yang aku dah baca, aku rasa buku ni yang paling 'best' dan 'sempoi' tau. Gaya penulisan yang bersahaja dan boleh buat aku ketawa sorang-sorang jer.  Aku dah ulang baca lebih 3 kali buku nih dan mmg betul dari apa yang aku dah baca melalui review kat internet pasal buku nih, watak Joe Jambul memang kaw kaw "mengancam" dan "menaikkan bulu roma" sapa yang baca ...

p/s aku dah ulang baca banyak kali tau ...


JOE JAMBUL you are so A.D.D.I.C.T.I.V.E



Kisah cinta 3 penjuru antara Zarul (Azarul Hisyam), Alia Akma dan Joe (Faizul Hakimi ialah abang Zarul). Mulanya Zarul & Lia bersahabat baik dan bercinta  semasa sama-sama belajar di Universiti...Tanpa pengetahuan Lia, Joe juga sudah terpaut hati pada pandangan pertama ketika beberapa insiden pertemuan yang tidak disengajakan. Setelah bekerja, Lia berharap akan menjadi suri Zarul satu hari nanti. Namun, perumpamaan 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari', tiba-tiba Zarul telah memberi Lia kad undangan perkahwinannya dengan Suraya.Lia terkejut dan begitu kecewa dengan perkahwinan Zarul sehinggakan dia telah mengambil keputusan untuk menerima lamaran dari Joe sebagai balas dendam untuk mendapatkan semula Zarul. Namun setelah bernikah dgn Joe, Lia mulai sedar akan kesilapannya itu setelah mengetahui perangai Joe yang sebenar, bukan sahaja seorang 'Playboy' malah Joe jugalah yang telah mengatur rancangan 'jahat' sehingga terjadinya perkahwinan mereka. Dan Lia sememangnya tidak dapat melupakan Zarul. Demi kerana cinta, Joe pula telah cuba melakukan pelbagai usaha romantiknya untuk mendapatkan cinta Lia. Siapakah yang bertakhta di hati Alia ?

Masa mula-mula aku baca buku ni, aku memang suka dengan watak Zarul yang aku gambarkan sebagai hero utama...tapi setelah Zarul buat keputusan bernikah dgn Suraya dan tinggalkan Lia begitu jer tanpa sebab yang jelas, aku kesian pada Lia dan aku jadi benci dan marah pulak pada watak Zarul nih. Sebabnya, aku rasa watak Zarul ni seorang lelaki yang tak berani berterus terang dan pertahankan haknya, hanya pentingkan diri dan maruah keluarganya shj tanpa fikirkan hati dan perasaan Lia, Zarul jugak ambil jalan mudah dan tak fikir panjang atas perbuatannya tu pada Lia....Watak Joe pulak pada awalnya nampak seperti 'bad boy' tapi lama kelamaan aku rasa watak Joe memang 'sweet romantik giler' dan "terus jatuh hati" pada watak 'Joe Jambul' dalam buku nih...Di akhir bab memang sedih dan meruntun jiwa baca buku nih sampai boleh keluar air mata...aku bengang betul dan benci pulak pada watak Joe atas apa yang telah dia lakukan demi untuk dapatkan Lia setelah Zarul beritahu Lia cerita sebenar apa yang dah Joe lakukan padanya. Tapi pada pendapat peribadi aku...watak Joe ni walaupun nampak 'jahat' tapi memang 'mengancam' jiwa raga dan aku berani jamin watak Joe ni memang menjadi dambaan setiap wanita yang bergelar isteri..ha ha ha...Dan sememangnya jodoh, pertemuan dan maut itu adalah ketentuan Allah swt ...walau macamana hebat kita merancang sekalipun...tidak akan berlaku tanpa izinNya...dan setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian...



...inilah lagu Marc Anthony - My Baby You yang diperdengarkan sewaktu majlis persandingan Joe dan Lia...

 



kalau nak baca karya Nasz boleh klik link ni... Nasz



Semerah Red Velvet

Penulis  :  Hezzy Azra
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta/Malay Fiction
Penerbit :  Karangkraf
Bilangan Mukasurat  : 518
Tarikh Terbitan :  March 2013
ISBN :  978-983-124-846-1
Rating : ★★★★

Ulasan : 

Buku ni aku beli secara online dari penulis sendiri tau...selepas aku google info kat internet dan message FB, Hezzy Azra pun pos pada aku beserta autographnya sekali...memang seronok aku bila dapat "chat" dengan penulis buku tu sendiri. Yelah bukan senang nak dapat borak dengan penulis buku yang hebat kan... aku baca buku ni dalam masa 2 hari jer...sebab nak puaskan hati sendiri sampai baca 2 kali tuh...memang seronok baca buku nih, jalan ceritanya simple, plot cerita yang tidak memberatkan kepala aku nak fikir dan yang paling aku suka ada nilai kekeluargaan yang ditonjolkan. Hubungan adik-beradik ramai yang sangat rapat dan erat, sporting dan ambil berat antara satu sama lain. Dan hubungan antara Pak Samad dan anak-anaknya yang rapat dan sporting memang buat aku rasa sebak dan menitis air mata...Memang seronok dan bahagia kalau dapat keluarga dan adik-beradik macam ni kan. Tahniah Hezzy kerana berjaya hasilkan karya yang memang menyentuh hati & perasaan aku bila membacanya. Jalan cerita yang mantap dan banyak nilai-nilai murni yang boleh aku jadikan teladan dan pengajaran . Aku  memang suka sangat dengan watak dan perwatakan Raina ni seorang gadis yang tabah dan cekal hati, sanggup ketepikan impian sendiri dan berkorban untuk bapa dan adik-beradik yang lain. Aku rasa dalam dunia ni, payah nak dapat anak macam nih...

Tapi ada satu watak dalam buku tu yang aku tak puas hati endingnya seperti boyfriend Raina yg pertama Syahir...buat aku tertanya-tanya apa yang terjadi padanya sebab pada awal cerita memang banyak cerita pasal diakan...lagi seronok kalau endingnya ada di ceritakan sedikit pasal tu...tapi kira happy ending la kan...walaupun tak diceritakan macamana perasaan watak Raina & Emir dapat anak akhirnya...kalau ada lagi ummph...


Kisah pertemuan singkat antara Raina yang bekerja di Cafe Boraque dengan Emir seorang Pensyarah Universiti, pelanggan Cafe yang sering datang minum di situ telah membuahkan suatu perasaan di antara mereka. Secara tidak sengaja, Emir telah terlibat dalam pergaduhan antara Raina dan bekas teman lelakinya, Syahir di hadapan Cafe. Oleh kerana malu dengan Emir dan khuatir Syahir akan mengganggunya lagi di tempat kerja , Raina telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Selepas insiden itu, Emir telah cuba mencari Raina untuk meminta maaf  namun gagal sehinggalah mereka bertemu semula di  tapak karnival yang berlangsung di kolej tempat Emir mengajar. Peluang untuk berbual panjang tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh Emir yang terikat dengan tugas pada ketika itu. Raina kemudiannya telah meninggalkan 1 kotak kek cawan Red Velvet buatan tangannya sendiri di pintu bilik Emir dan merasakan mungkin tidak akan bertemu lagi.  Namun, siapa sangka kek cawan Red Velvet telah menemukan mereka kembali dan membuahkan rasa cinta kasih sayang di hati mereka.

Usia perkenalan yang singkat selama dua bulan dan seterusnya melangsungkan perkahwinan itu telah mewujudkan konflik dan banyak cabaran dalam perhubungan setelah mereka berkahwin. Juga banyak perbezaan yang timbul akibat jurang pendidikan antara mereka, iaitu Raina berumur 21 tahun hanya lepasan SPM, manakala Emir berumur 30 tahun seorang pensyarah dan bakal graduan PhD. Di sinilah bermulanya perbezaan pendapat dan timbul rasa tidak puas hati malah mula mengenali hati budi dan perangai masing-masing. Emir seorang yang terdidik dengan pantang larang & peraturan, merahsiakan hubungan silamnya dengan  bekas tunangnya Zalia, sentiasa dengan buku, sibuk mengejar PhD dan kerjayanya dan cemburukan hubungan Raina dengan Zayn telah menyebabkan Raina merasa terpinggir, lemas tak tahan dan tertekan dengan cara dan rentak Emir. Akibatnya Raina mula merasakan mereka tidak sepadan dan sehaluan, mula memberontak dan mendesak kembali ke rumah bapanya untuk mencari ketenangan dan memikirkan semula hubungan antara mereka. Hah..part ni memang sedih tau.. kalau nak tahu macam mana mereka nak selesaikan masalah ketidaksefahaman mereka nih kenalah beli buku nih yer...memang sedih dan sebakkk tau....buat aku nangis jer...


ini pula komen dari Hezzy Azra dalam FB setelah aku beritahu pendapat aku pasal novel dia tuh...


  • 2:15pm
    Hezzy Azra

    Terima kasih byk2 atas komen itu.
    Ya... saya akui yg watak Syahir dimatikan di tengah2 cerita. Di hujung2 tu dah takde sebut pasal dia lagi. Sebabnya, saya rasa watak dia tu not worth utk dibawa hingga ke pengakhiran...bleh tak gitu? Cukup sekadar pembaca tahu yg dia ada kes dgn adik angkatnya....yg lain2 tu, bagi saya tak brp releven utk jln cerita seterusnya.
    Ttg perasaan Emir & Raina dpt anak...pada mulanya nak buat jugak. Tapi bimbang endingnya akan meleret-leret pulak nnt....hehe. So, saya habiskan kat situ ajelah.
    Apa2 pun, saya hargai komen ni. In sha Allah, utk novel yg seterusnya...bolehlah dibaiki apa yg terkurang.
    Nak beli Aku Pilih Dia? Alhamdulillah. Cuma stok APD saya dh habis buat masa ni. Tapi rasanya di kedai APD masih dijual...


    kalau nak tau lebih lanjut karya Hezzy Azra boleh klik link ni... Hezzy Azra


Projek Memikat Suami





Penulis  :  Hanina Abdullah
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Penulisan Enterprise
Bilangan Mukasurat :  525
Tarikh Terbitan : August 2012
ISBN :  978-967-11208-2-8
Rating : ★★★★★






Ulasan :

Buku ni cerita tentang Nawwal Husna yang terpaksa bernikah dengan lelaki pilihan keluarga Zahrain Alimin. Walau pun pada awalnya Nawwal tidak setuju tapi setelah diberi nasihat oleh kakaknya, Nawwal akhirnya setuju berkahwin dengan Zahrain yang memang tidak suka langsung dengannya. Oleh kerana nak tawan hati Zahrain, kakak2x Nawwal telah mengajarnya ilmu bagaimana menjadi isteri yang boleh mencairkan hati Zahrain yang digambarkan keras seperti 'ketul ais'. Macam2x cara digunakan oleh Nawwal yang akhirnya dapat jugak tawan hati si Zahrain yang ego dan keras hati nih...senang jer rupanya nak cairkan lelaki ni yer he he he...tapi Zahrain ni ego dan seorang yang tidak boleh mengalah dengan perempuan... tapi akhirnya Zahrain mengalah jugak setelah Nawwal tinggalkan rumah tanpa berita...nak tau camne kisah diorang nih kena beli buku ni ye.


Tahniah Hanina kerana berjaya hasilkan buku novel yg berjaya menarik minat aku utk membacanya...itu pun aku tau lepas google pasal buku novel yg best...sebab ramai yang review kata bagus jadi aku pun cuba carik...alhamdulillah dapat jugak carik kat mph last month...fyi aku dh baca 3x ulang buku nih but still rasa nak baca lagi...memang santai dan menggelikan hati jer baca buku ni tau...ketawa terkekeh-kekeh sampai boleh keluar air mata...sampaikan mr husb pun pelik...pada pendapat aku, buku ni memang best giler dan sesuai sangat untuk orang yang nak nikah...buku ni juga banyak beri info/tips berguna pada aku yang telah pun bergelar isteri nih yg kadang2x tak terfikir langsung tentang perkara2x yang ditonjolkan dalam buku nih sebenarnya adalah perkara penting dalam rumahtangga ..tahniah sekali lagi dan pada pendapat peribadi aku ini adalah karya yang terbaik dari Hanina.

Lepas ni aku nak carik buku Kisah Naz & Khaalish, hrp sgt dpt carik kat mph yg berdekatan dlm masa terdekat nih.. aku rasa aku mmg dah "jatuh cinta" dengan karya Hanina Abdullah nih...mmg "best giler"...

ini reply yg aku terima dr FB Hanina...
1:13pm
  • Hanina Abdullah

    Tqvm m glad that u enjoyed it. Sy harap KNK pun nnt akan menghiburkan. Klu nak bc di blog sy ada citer ke3 seteguh fayqa hingga bab 28 dan dia seadanya hingga bab5




    kalau nak baca lagi karya Hanina boleh klik link ni...hanina abdullah

MAID





Penulis  :  Suri Ryana
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Kaki Novel Enterprise
Bilangan Mukasurat :  753
Tarikh Terbitan : April 2011
ISBN :  978-967-5067-77-8
Rating : ★★★★






Ulasan :

Buku ni memang tebal giler tapi aku berjaya habis baca dalam masa 2 hari jer tau...Aku memang tersangatlah suka dengan MAID ni...tahniah Suri Ryana kerana berjaya hasilkan karya yang sempoi dan memang kelakar habis.  Aku rasa lebih 3 kali kot aku dah baca buku nih dan sampai jadi 'addicted' pulak asyik nak ulang baca jer buku nih...tak de kerja lain...

Kisah cinta dua dunia berbeza...terpaksa kahwin demi jaga status dan maruah...Jadi penganggur dan susah dapat kerja menyebabkan Noorul ambil keputusan bekerja sebagai pembantu rumah kepada Harris seorang Jurutera yang tinggal di kondo mewah...Dalam diam Noorul telah jatuh hati pada majikannya Harris, dan oleh kerana tidak pandai memasak, dia telah bersusah payah pergi belajar ke kelas masakan untuk majikannya, Harris yang memang seorang yang terlalu cerewet sehinggakan digelar Mr F. Noorul yang bersifat kelam kabut dan selalu timbulkan kemarahan Harris hampir diberhentikan dari kerja tapi adik Harris, Haikal yang telah jatuh hati pada Noorul telah menyelamatkan Noorul. 

           Namun, gambar insiden tumpah air ke baju Harris telah tersebar mengatakan Noorul adalah 'perempuan simpanan' Harris itu telah menimbulkan kemarahan ibubapa Harris. Akibatnya mereka dipaksa kahwin untuk menyangkal berita sensasi tu.. Apakah perasaan sayang Noorul sama dengan perasaan Harris pada Noorul ?? beli buku ya kalau nak tau camne kisah seterusnya...

watak Noorul dalam buku ni memang buat aku tersenyum-senyum dan tak kering gusi tergelak-gelak sorang jer bila baca buku nih...memang santai dan "kelakar habis" hinggakan  "Mr Husband" aku pun pelik jer dan terpinga-pinga bila tengok aku...ha ha ha..bila ditanya kenapa aku jadi camtuh aku buat senyum sampai ke telinga jer...tahniah skali lagi dan harapan aku semoga Suri dapat lahirkan karya yang lebih 'menyengat' lagi di masa akan datang...

kalau nak tau lebih lanjut psl Suri Ryana boleh klik link ni ye..  Suri Ryana




Sebenarnya, Saya Isteri Dia !





Penulis  :  Zura Asyfar
Negara  : Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat  :  897
Tarikh Terbitan  : March 2011
ISBN :  978-967-0246-17-8
Rating : ★★★★






Ulasan :

Buku ni aku beli pada June lepas setelah aku secara tak sengaja tertengok drama SSID Episod 3 kat TV3...jadi aku pun cari buku ni kat MPH...alhamdulillah dapat beli dan terus baca habis dalam masa 2 hari jer...he he he kalau baca buku camnih memang la cepat jer habis...

Izzue Islam dan Tiz Zakyah melakonkan watak dalam Drama SSID TV3

Cerita tentang Syafa Aqira yang telah dinodai oleh Firash Arshad dalam satu majlis harijadi sahabatnya Raimy & Raina yang telah meletakkan pil khayal dalam minuman mereka. Insiden hitam itu telah dilihat sendiri oleh Farish( Abang kepada Firash) tunang Syaf  dan telah memutuskan pertunangan mereka. Ekoran insiden itu, Syaf dan Firash terpaksa bernikah walau pun mereka tidak saling menyukai satu sama lain. Kematian Farish pada malam pernikahan mereka juga telah menyebabkan Syaf redha menerima Firash sebagai suami walau pun Firash muda 3 tahun darinya. Setelah bernikah Firash telah memaksa Syaf merahsiakan pernikahan mereka dengan alasan kerana masih lagi belajar dan malu tidak mahu diketahui oleh rakan-rakannya. Namun, perasaan sayang dan cinta Firash mula berputik setelah terpaksa duduk serumah dengan Syaf sewaktu praktikal di Terengganu. Adakah mereka akan menjadi pasangan yang bahagia ? Kena baca buku SSID baru tau kisah seterusnya ye...

Setelah khatam baca buku nih aku rasa ceritanya memang agak menarik dan tertarik dari tengok drama tuh. Gaya penulisannya agak menyentuh hati dan perasaan dan buat aku teruja nak baca sampai habis dan boleh buat aku nangis tau...Setiap dugaan dan ujian yang berlaku pada kita di dunia ini pasti ada hikmahnya walaupun kekadang kita merasakan amat berat dan perit untuk melaluinya...Namun sebagai hambaNya kita perlu menerima dengan redha dan hati yang terbuka...kerana insya-Allah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Inilah gambar penulis dari keratan akhabar Berita Harian yang aku ambil pada 19 August 2013.



 

Suami Aku Ustaz







Penulis   :  Hannah Dhaniyah
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Cinta / Malay Fiction
Penerbit :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat  :  583
Tarikh Terbitan : April 2012
ISBN :  978-967-0246-20-8
Rating : ★★★★








Ulasan :

Sebenarnya aku tertarik nak beli buku ni sebab tajuknya masa aku ternampak kat ruangan Best Seller kat MPH pada June yang lalu.

Kebimbangan ibu bapa Alisa kerana sering keluar malam berjumpa rakan sekelasnya, tidak mahu mendengar kata dan akan menunaikan fardu Haji ke Mekah adalah punca Alisa dipaksa bernikah dengan abang sepupunya Hafiz. Alisa sebenarnya adalah seorang anak yang baik dan patuh pada kehendak ibubapanya. Hafiz pula adalah seorang Ustaz mengajar subjek Agama Islam di sekolahnya dan sangat popular di kalangan rakan sekelasnya. Beberapa bulan sebelum duduki peperiksaan SPM, Alisa telah dinikahkan dengan Hafiz yang hanya diketahui oleh keluarga terdekat sahaja. Pada mulanya Alisa hanya melayan dan menganggap Hafiz sebagai abangnya sahaja. Namun, kerana perangai degil Alisa, dia sering diberi perhatian yang lebih dan diberi teguran sinis sewaktu dalam kelas Hafiz sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan rapatnya. Sejak dari itu, Alisa sering dihambat rasa risau takut diketahui oleh rakan dan guru kelas, serba-salah dan berdebar-debar dengan ayat-ayat 'power' Ustaz Hafiz yang menggetarkan hati dan jantungnya. Bagaimanakah perasaan Alisa pada Hafiz seterusnya dan dapatkah Alisa terus merahsiakan pernikahannya dengan Ustaz Hafiz ??? hahaha kena beli  buku nih ye kalu nak tau..


Baca buku ni memang buat aku banyak berfikir dan sedar tentang kekurangan diri ini, di sebalik kelucuan ceritanya, banyak diselitkan pengajaran yang berguna sebagai seorang islam, sebagai isteri dan sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Banyak diterangkan tentang kepentingan solat dan bagaimana kita mendekatkan diri pada Allah, mensyukuri nikmat yang Allah beri pada kita dan menerima pasangan kita seadanya.

'Allah menciptakan manusia di dunia ini berbagai-bagai sifat dan ragam, saling melengkapi antara satu sama lain' 

Secara peribadi aku rekemen untuk beli dan baca buku ni... suka watak Alisa dalam buku ni memang lucu dan 'selamba' sampai boleh buat aku sengih gitu...watak Hafiz ni pulak memang 'naik bulu roma'...aku memang 'suka giler' dengan watak Hafiz nih...seorang suami yang penyabar, tenang dalam tutur katanya, berhemah dan bijak dalam beri nasihat, teguran dan mendidik isterinya menjadi isteri solehah, romantik tapi cemburu...aku kira watak Hafiz ni 'complete package'lah...



Breaking Dawn



Author(s)    :  Stephenie Meyer
Country      :  USA
Language    :  English
Genre(s)     :  Young adult, fantasy, romance, vampire fiction
Publisher    :   Little, Brown
Publication  :  2 August 2008 (USA), 4 August 2008 (UK, AUS
Date
Pages          :  756 (hardcover)
ISBN          :  ISBN 0-316-06792-X
Rating         :   ★★★★★




Ulasan :

Dan inilah buku penutup atau terakhir dalam siri Twilight Saga. Dalam buku ni terdapat 3 bhg cerita. Bhg pertama menceritakan tentang perkahwinan Bella dgn Edward & "bulan madu" diorg nih...dan bagaimana Bella telah hamil setelah 2 minggu kahwin..Bhg kedua pulak lebih menceritakan dari perspektif Jacob Black, penerimaan Jacob tentang perkahwinan Bella & Edward dan apabila dapat tahu Bella hamil...Bhg ketiga pula menceritakan bgmana perasaan Bella mengharungi suka duka sebagai "insan baru" bertukar menjadi vampire dan setelah melahirkan anaknya "Renesmee". Lepas habis baca buku nih barulah aku rasa betul-betul puas hati....inilah cerita dongeng tapi cukup menyentuh dan menghiburkan sesiapa yang membacanya...Apa pun baca buku nih hanyalah sebagai memenuhi masa lapang aku jer...sbb jln cerita dlm buku mmg CEREKARAMA jer...

Sumber dari http://en.wikipedia.org

Eclipse




Author(s)    :  Stephenie Meyer
Country      :  USA
Language    :  English
Genre(s)     :  Young adult, fantasy, romance, vampire fiction
Publisher    :   Little, Brown
Publication  :  August 7, 2007
Date
Pages          :  629
ISBN          :  978-0-316-16020-9
Rating          :  ★★★★★







Ulasan :

Ini adalah buku ketiga sambungan dari Twilight Saga. Dalam buku ini sambungan cerita cinta Bella & Edward dan dilema persahabatan Bella dengan Jacob. Dalam cerita kali ni banyak digambarkan konflik dalaman jiwa Bella tentang nak hidup bersama Edward atau  bersama Jacob...Bagaimana Bella buat pilihan antara dua orang yang disayangi ni...mmg bengkak mata aku sebab baca buku nih...gi ofis pun macam ngantuk jer...itulah tak cukup tidur sebab asyik baca buku nih...


Sumber dari http://en.wikipedia.org 

New Moon



Author(s)    :  Stephenie Meyer
Country      :  USA
Language    :  English
Genre(s)     :  Young adult, fantasy, romance, vampire fiction
Publisher    :   Little, Brown
Publication  :  September 6, 2006
Date
Pages          :  563
ISBN          :  0-316-16019-9
Rating         :  ★★★★★






Ulasan :

Buku ini adalah sambungan cerita dari Twilight mengisahkan bagaimana Bella & Edward menjalinkan persahabatan setelah Bella tahu yang Edward ni bukan "manusia biasa" dan boleh katakan diorang ni "cinta luarbiasa" tak terjangkau dek akal...setelah berlaku satu peristiwa Jasper "abang Edward" cuba membunuh Bella semasa dalam majlis harijadi Bella yang ke 18. Masa Bella cuba bukak hadiah dia tu, Bella telah tak sengaja telah luka terkena kertas pembalut hadiah dan berdarah...Edward ni keluarga pontianak la katakan...mana boleh bau darah manusia...itu sebabnya dia kena serang tapi telah diselamatkan oleh Edward.

Bermula dari insiden itu Edward telah tinggalkan Bella setelah dia rasakan Bella tidak selamat kalau terus bersama dengannya...Bella telah jadi tak tentu arah selama 10 bulan kalau tak silap....lupa pulak nanti aku "check" balik yer..kemudian Bella cuba dapatkan semangat hidup baru dan cuba terima kenyataan yang Edward telah tinggalkan tanpa berita dan  cuba berkawan dengan Jacob kawan masa kecil dia tu... 
Tapi akhirnya Bella telah cuba selamatkan Edward dari cubaan bunuh diri...adakah Bella & Edward kembali bersatu ???...kena baca buku la yer..kalu aku cerita semuanya kesian pulak kat Stephenie Meyer nih penat jer dia perah otak buat cerita nih...senang2x jer aku buat cerita kat blog aku nih....yang pasti  buku ni buat aku tak tidur malam dibuatnya sebab tak sabar nak tau lebih lanjut jalan cerita kesudahannya...kena beli buku seterusnya la pulak....



Sumber dari http://en.wikipedia.org

Twilight






Author(s)          :  Stephenie Meyer
Country            :  USA
Language          :  English
Genre(s)           :  Young adult, fantasy, romance, vampire
Publisher           :  Little, Brown
Publication date :  October 5, 2005
Pages                :  498 (Hardcover)
                           544 (Paperback)
ISBN                :  ISBN 0-316-16017-2
Rating                :  ★★★★★






Ulasan :

Sejak aku tinggalkan "alam belajar" buku pertama yang aku baca ialah buku Harry Porter jer tapi itu pun tak habis "khatam" lagi almaklum lah kan aku ni sibuk dengan anak dan suami dan kerjaya...tapi bila mula-mula cerita Harry Porter ditayangkan di pawagam baru lah aku bersemangat nak baca buku tu tapi sekerat jalan jer lah...pastu simpan dalam grobok jer...

Muncul pulak cerita twilight nih yang kecoh satu dunia pasal pelakon utama Robert Pattinson nih...tak pasal-pasal pulak aku buang tabiat nak baca buku ni pulak...memang berhantu betul la baca buku nih...memang pun buku ni cerita hantu vampire la katakan...tapi jalan cerita dan penulisan Stephenie Meyer memang mengasyikkan pembaca buku novel nih...aku jamin 5 bintang kalau ada sesiapa yang nak baca yer...memang meruntun jiwa...ha ha ha...sebab tu buku  ni dapat beberapa anugerah "Best Children's Books of 2005" & "Best Books of 2005".


Cerita mengisahkan watak budak perempuan berumur 17 tahun Isabella "Bella" Swan yang berpindah tempat tinggal bersama ibunya yang telah berpisah dengan bapanya dari  Phoenix, Arizona ke  Forks, Washington tinggal bersama bapanya. Kemudian telah jatuh hati dengan seorang lelaki bernama  Edward Cullen yang sebenarnya bukan manusia biasa tetapi adalah pontianak/"Vampire" yang belajar sekelas dengannya. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah  baca buku yer baru lagi seronok...



Sumber dari http://en.wikipedia.org

Terima Kasih Nudra Syafini






Penulis : Abdul Ahmad
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre :  Remaja
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Bilangan Mukasurat : 146
Tarikh Terbitan :
ISBN : 983-62-0331-1
Rating : ★★★★★









Ulasan : 

Ruangan ini sekadar tempat untuk ku menyimpan kenangan, mengingat kembali dan berkongsi cerita atau lebih senang ku katakan sebagai diari buku-buku yang telah ku baca sejak dari sekolah rendah lagi. Tapi malangnya aku hampir lupa sebahagian buku-buku yang telah ku baca dulu kala. Banyak sebenarnya, tapi yang paling ku ingat buku-buku Enid Blyton jer yang memang jadi kegemaranku masa sekolah rendah dulu. Yang lain entah tak ingat dah...Satu-satunya yang paling ku ingat buku ni...

Buku ni memang tetap dalam ingatan aku walaupun umurku telah menjangkau 30-an...dah tue beb orang kata...tapi sebab aku memang suka dengan nama watak Nudra Syafini sampaikan berangan-angan kalau ada anak perempuan nak letak nama yang "sweet" ni, he heh tapi apa boleh buat belum ada rezeki Allah nak bagi aku lagi...Buku ni memang sesuai untuk bacaan remaja walau pun santai, tapi penuh dengan pengajaran. Mengisahkan kehidupan harian sekumpulan remaja tingkatan 3 yang watak utamanya ialah Nudra Syafini dan Badrul Hisyam. Badrul Hisyam yang baru sahaja berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Simpang Sepuluh dan adalah anak kepada orang kaya terkenal dengan kenakalannya mengusik Nudra Syafini. Walau pun Badrul Hisyam hidup dalam kemewahan, Badrul Hisyam miskin didikan agama. Sementara Nudra Syafini yang hidup di dalam serba sederhana tetapi kaya dengan didikan agama.