Penulis : Melur Jelita
Negara : Malaysia
Bahasa : Melayu
Genre : Malay Fiction / Cinta
Penerbit : Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 1389
Tarikh Terbitan : September 2012
ISBN : 978-967-0246-32-1
Rating :

Ulasan :
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya aku telah diberi kesempatan menghayati sesuatu yang indah dari buku karya penulis ini. Selepas aku baca buku pertama tulisan Melur Jelita, Awak Suka Saya Tak aku rasa ia karya terbaik yang pernah aku baca... tak sangka pulak aku terus jatuh cinta dan hati terus melekat macam kena gam gajah pada penulis pujaan hatiku ini... tapi selepas baca I Love U Stupid, aku lagi tak sangka karya ini jauh lebih pedas dan hebat tak dapat ku luahkan dengan kata-kata dan terus terang aku katakan 'this is the best karya by Melur that I've ever read in my life and it definitely won't be the last '... Subhanallah...Jalan ceritanya yang macam kena batang hidungku sendiri macam tergigit cili padi yang pedas berapi... Pendek kata semua rasa dan perencah ada dalam buku ini. Perasaan ku bercampur-baur bila baca buku ini hingga menitis laju air mata ku.. Padat dengan rasa nakal, sinis, gembira, sedih, hiba, tragis, sebak, pilu, sengsara, penuh berilmu, cinta dan kasih sayang, kemanusiaan, kekeluargaan, korupsi, menginsafkan dan menyedarkan diri ini kerana aku adalah antara anak melayu Malaysia yang semakin hilang jati diri kerana terlalu leka dan hanyut dengan arus pembangunan dan kehidupan yang serba moden dan serba serbi senang. Setiap ayat dalam buku ini memang betul-betul seperti di panah terus ke jantung ku dan aku rasa mengenali Iris seperti mengenali diriku sendiri dan seolah-olah aku yang berada di Kemboja dan melihat sendiri pengembaraan yang sungguh mendebarkan, kepayahan, keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh penduduk di sana. Kisah ini betul-betul membuatkan aku tersedar dari lena yang panjang, aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, bersyukur dengan apa yang aku ada, lebih menghargai dan menyayangi negara tumpah darah kelahiran ku ini...sesungguhnya buku ini telah beri ku banyak pengajaran terbaik melalui watak-watak utamanya.

Tahniah dan Terima kasih Melur Jelita kerana karya yang sungguh terkesan di mata hati dan mata akal ku...apa yang pasti seperti terngiang-ngiang di telinga aku setiap bait-bait ayat yang keluar dari mulut FIRMAN aka Abang Pedas dan aku tersenyum simpul mengingati setiap petah bicara IRIS the diva.
....dan inilah muzik syahdu dari Firman untuk Iris
The Elegance of Pachelbel - Serenade
....dan ini pula ringtone dari Iris untuk Firman
A Thousand Years - Christina Perri