Venom Suria





Penulis  :   Anita Aruszi
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit : Buku Prima
Bilangan Mukasurat : 692
Tarikh Terbitan :  2012
ISBN : 978-967-0342-40-5
Rating : ★★★★★






Ulasan :

Fuhh ! memang puas hati hadap baca karya ke-6 penulis favourite aku ni. Berbaloi aku bersengkang mata membedah siasat isi perut buku ini tau. Memang tak sangka puas hati TAHAP MAKSIMA. Well done Cikgu !. Sebenarya aku ni tak berapa suka baca kisah yang seram tapi selepas baca buku ni aku jadi suka pulak dengan cerita misteri dalam karya ni, sebuah cerita thriller supernatural yang diadun dengan unsur-unsur mistik, sains dan sejarah. Walaupun cerita ini hanya fiksyen atau cerita rekaan semata-mata tetapi kisah dalam karya ini terasa begitu 'hidup' pada aku dan memang buat aku jadi tak keruan dan rasa meremang bulu romaku sepanjang pembacaanku dari awal hingga akhir muka surat. Sentiasa buat aku tak sabar-sabar nak selak muka surat sebelah dan asyik tertoleh-toleh pandang belakang dan tertanya-tanya dan terfikir-fikir sendiri je. Dan aku mengaku aku hanya berani baca buku ni waktu siang je tau, waktu malam tak berani woo... Aku tidak mahu comment lebih-lebih kat sini, cukup sekadar kukatakan karya ini adalah yang TERBAIK dan PERFECT pada kaca mataku di antara karya-karya penulis yang telah kubaca sehingga kini. Kepada mereka yang suka cerita genre begini, Highly Recommended Book.


Sinopsis


Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu oleh satu makhluk dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Inspektor Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul pula boss yang sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat dan seorang lagi ditakdirkan untuk membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over! Namun Suria terpaut pada kedua-duanya sehingga dapat tahu mereka berdua sebenarnya ada ikatan darah dan bersaudara. ' Well... Two people that are meant to be together always find each other in the end ' .


" Cik Suria Baharom, walaupun kau selalu buat benda-benda yang pelik, tapi ini kali pertama aku suka dengan apa yang kau buat. Walaupun bunyinya macam perigi cari timba, tapi timba ni sudi dicari oleh si perigi. Sebab si timba ni dah lama jatuh cinta pada cik perigi " ~ Izwan





kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye...  





Mungkin Nanti




Penulis  :   Anita Aruszi
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction / Cinta
Penerbit :  Fajar Pakeer
Bilangan Mukasurat : 645
Tarikh Terbitan :  2011
ISBN : 978-967-365-051-4
Rating : ★★★★






Ulasan :

Alhamdulillah syukur kerana dengan izinNYA aku berpeluang "menyelongkar" karya ke 5 penulis yang telah pun menjadi favourite aku kini. Buku yang telah kubeli secara terus via fb penulis ini telah pun berada di tanganku sejak beberapa bulan yang lalu, namun baru kini dapat kuhadapnya. Biasalah kan...nak baca novel ni pun ada mood swing jugak kan... Satu lagi kisah realiti kehidupan yang sungguh menyentuh hati dan nuraniku. Apa yang pasti setelah membaca beberapa karyanya terdahulu, aku seolah-olah sudah terbiasa dan dapat membuat sedikit andaian dengan gaya penulisan Cikgu, si penulis yang unik ini kerana cerita dan karyanya pasti akan menjentik pelbagai rasa yang berbeza di hati pembaca. Dan selepas membaca setiap baris ayat dari karya yang syahdu ini pasti akan membuatkan hatiku sebak sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar. Baca buku penulis ini tidak sah kalau tidak nangis tau. Memang bengkak mata kalau tidak percaya cubalah baca karya Cikgu ni.

Dalam karya ini, pada awalnya aku begitu seronok dengan permulaan cerita yang agak lucu dan mencuit hati dengan perkembangan watak-watak utama yang menggelikan hati dan buat aku sengih sorang je. Namun, di akhir cerita penulis memang bijak dan berjaya membuai perasaan aku dengan pelbagai rasa yang mencengkam di hati dengan rasa manis, pahit, sedih, sakit hati, kecewa, geram, gembira dan macam-macam rasa ada dalam hati aku ni. Secara peribadi aku rasa karya ini agak kurang beri kepuasan maksima kepada aku berbanding karyanya seperti Mencari Kiblat Cinta, Lelaki Itu Untukku dan Kasihku Arina. Walau bagaimanapun, aku memang sangat suka dengan karya-karya penulis ini kerana setiap karyanya mempunyai kisah dan teknik yang pelbagai dan pasti tema utamanya tentang konflik kekeluargaan.  Banyak pengajaran berguna yang dapat dijadikan teladan dan menginsafkan pembaca. Sesungguhnya walau sejahat mana sekalipun ibu dan ayah kita, mereka tetap ibu bapa yang perlu kita hormati dan sayangi kerana mereka tiada galang ganti di dunia ini kerana tanpa mereka tidak akan lahir kita di dunia ini.

Sinopsis

Aqila Murni (Aqi) membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya kanser rahim. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan (rabun warna) akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci!

Nadzihar Hakim (Zahar), anak muda berperwatakan serius yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Membesar bersama ayah dan nenek setelah ditinggalkan oleh ibu. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa! Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.


Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?



Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?


...inilah lagu I Knew I Loved You - Savage Garden luahan rasa hati Aqila...



...Ini pula lagu This I Promise You - N'Sync luahan rasa hati Zahar ...



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye... Anita Aruszi / Mazni Aznita

 
 

Bimbo




Penulis  :  Rin Ahmad
Negara  :  Malaysia
Bahasa  :  Melayu
Genre    :  Malay Fiction
Penerbit :  Kaki Novel
Bilangan Mukasurat : 570
Tarikh Terbitan :  Januari 2015
ISBN : 978-967-0448-87-9
Rating : ★★★★★






Ulasan :

Apa maksud BIMBO? Aku memang teramat teruja untuk menghadam segala isi perut karya ini yang telah kuperap selama beberapa minggu walaupun buku ini sebenarnya telah kubeli secara terus dari fb penulis dan siap dapat autograph lagi tau. Bukannya apa, aku nak cool down sikit gelodak hati aku yang tak tertahan nak tahu apa kisah yang cuba disingkap oleh penulis dalam karya terbarunya ni. Tajuknya pun dah buat dahi aku berkerut lapis. Dan hasilnya memang PERFECT dan tidak boleh disangkal lagi. Apa yang dapat aku katakan karya ini memang TERBAIK di antara karya RIN AHMAD yang pernah aku baca selepas ARLUNA dan USD. Kalau tak percaya kena cuba cari dan baca ye. Wow aku memang tabik dengan penulis ini  kerana berjaya buat aku kenal B.I.M.B.O ni apa maksud sebenarnya. Aku rasa karya ni telah memperlihatkan tahap kematangan penulis dalam gaya penulisan dan perkembangan watak-watak utama dalam teknik imbas kembali pada aku begitu sinis dan realistik sekali. Catatan diari watak Dani yang dilakarkan dalam karya ini berjaya menarik aku menjiwai watak dan menyelami perasaan Dani berperang dengan sakit Bells Palsy yang dihadapinya dengan tekanan dalam diri dengan begitu berkesan sekali. Tak tahu apa perkataan yang aku nak tulis kat sini kerana sejujurnya karya ini telah berjaya merungkai banyak persoalan dalam hidup ini yang tak mampu kuolah dan tulis dalam ruangan yang secoet ni.  

Kisah berbisa yang sungguh meruntun jiwa dan menyentap tangkai hati. Setiap baris ayat yang cuba diterjemahkan dari karya ini bukan sahaja buat aku rasa berapi dalam diri malah seperti terasa mencurah air terpercik ke muka sendiri. Yang pasti, kisah ini buat aku lebih berhati-hati, memahami dan menyesali akan maksud DENDAM, EGO dan penyakit HATI yang pernah bersarang di lubuk hati. Selain itu juga, baru aku tahu tentang sakit Bell's Palsy (BP) ni macamana sebenarnya. BP ni disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang di bahagian sebelah muka sahaja dan akan rasa teramat sakit untuk gerakkan otot di sekitarnya. Tempoh pesakit mengalaminya tidak dapat dipastikan berapa lama. Ada yang sekejap dan ada yang ambil masa yang lama untuk sembuh. Manakala Trigeminal Neuralgia (TN) pula pesakit akan alami sakit di sekitar saraf seluruh bahagian muka, mata dan kepala. Akan rasa sakit yang amat sangat untuk mengunyah makanan, bercakap dan akan rasa teramat sakit jika terkena dengan air yang sejuk. Pesakit perlu bergantung pada ubat untuk selama-lamanya dan mungkin perlukan pembedahan untuk sembuh. Walaupun simpton dua penyakit ini hampir sama tetapi sebenarnya berbeza.


Alhamdulillah kerana dengan izinMu ya Allah, aku dapat menghayati dan menelan semua mutiara indah dan maksud tersirat dari karya yang padat dan mantap ini sehingga berjaya membuatkan aku sedar dan insaf diri. Syabas dan tahniah kepada RIN AHMAD kerana menghasilkan secebis kisah yang mampu mengajak pembaca untuk sama-sama muhasabah diri dan kembali kepada penciptaNya. Semoga penulis akan terus dengan usaha-usaha dakwah dalam berkarya yang bukan hanya dapat mengajak, mendidik malah menyedarkan pembaca secara halus dalam melayari kehidupan di dunia fana yang penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran ini. Semoga kita semua dipermudahkanNya menjadi seorang Muslim yang sentiasa mendapat keredhaanNya insya-Allah.  Ya, aku sangat setuju dengan penulis memang bukan mudah untuk jujur, mengaku silap sendiri dan maafkan apa yang orang dah buat pada kita. Namun itulah realiti hidup yang perlu diterima dan setiap yang berlaku ke atas kita itu anggap ia sebagai satu ujian dan nikmat kasih sayang dari Allah. Terima dengan berlapang dada dan sentiasa sematkan di hati dan akal kita bahawa takdir Allah itu adalah yang terindah bagi orang yang beriman.Wallahuallam.

Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Be like a diamond, not like pebbles

Never give up on the people you love and the people who love you

You have to be cruel to be kind

Takdir Allah adalah indah bagi orang yang beriman

Life can change in an instant, for good and bad,
Some changes we control, some we don't.
So, look for reasons to be grateful,
hold your loved ones close
and remember that even grief is important sometimes

Kenikmatan yang dicari tatkala sibuk dengan urusan duniawi ditarik oleh Allah dalam sekelip mata

Bukan mudah jujur dengan diri sendiri.
Bukan mudah untuk mengakui kebenaran

If I can't forgive you means I am further away from Allah forgiveness.
Sometimes sorry is not enough or it is never valid. Once broken, it can never be undone
but forgiveness and reda makes all the difference

Dalam dunia ini tiada yang sempurna kerana kesempurnaan itu milik DIA

Strong person will not walk away from the people who hurt them.
They will forgive because forgiving is their way of taking care of themselves

ALLAH gives you only what you can bear

Nak jadi baik tu senang, nak jadi beriman tu yang payah
Orang yang beriman, objektif dia nak masuk syurga

Dugaan setiap orang berbeza-beza, tapi tujuan tetap sama 
iaitu impian untuk tempat yang selesa pada hari abadi

Tanggungjawab suami menjaga isteri ialah amanah Allah yang sangat besar
 
Ujian kebahagiaan Allah datangkan untuk menguji hambaNya sama ada bersyukur atau kufur
 
...inilah lagu Just The Two of Us - Bill Withers masa Dani dok layan perasaan teringatkan El...


...ini pula lagu Let Her Go - Passenger ...


...dan ini pula lagu pilihan Dani Someone To Love - Jon B. feat Babyface untuk Wedding song Dani & El   ...



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rin Ahmad




Easy (Contours of the Heart #1)





Penulis  :  Tammara Webber
Negara  :  New York (United States of America)
Bahasa  :  English
Genre   :  Cinta
Penerbit :  Penguin Berkley
Bilangan Mukasurat : 321
Tarikh Terbitan : 25 May 2012
ISBN :  9780425266748
Rating :  ★★★★★






Synopsis :


A girl who believes trust can be misplaced, promises are made to be broken, and loyalty is an illusion. A boy who believes truth is relative, lies can mask unbearable pain, and guilt is eternal. Will what they find in each other validate their conclusions, or disprove them all?

When Jacqueline Wallace follows her longtime boyfriend to the college of his choice, the last thing she expects is a breakup two months into sophomore year. After two weeks in shock, she wakes up to her new reality: she's single, attending a state university instead of a music conservatory, ignored by her former circle of friends, and failing a class for the first time in her life. 


Leaving a party alone, Jacqueline is assaulted by Buck her ex's frat brother. Rescued by a stranger who seems to be in the right place at the right time, she wants nothing more than to forget the attack and that night - but her savior, Landon Lucas Maxfield, the bad boy look with slim ring at the edge of his lip sits on the back row of her econ class, sketching in a notebook and staring at her. Her friends nominate him to be the perfect rebound.




 


When her attacker turns stalker, Jacqueline has a choice: crumple in defeat or learn to fight back. Lucas remains protective, but he's hiding secrets of his own. Suddenly appearances are everything, and knowing who to trust is anything but easy.






These are the beautiful quotes with beautiful meanings :-


“Love is not the absence of logic
but logic examined and recalculated
heated and curved to fit inside the contours of the heart”

As for being somewhere you're not supposed to be..
Maybe you're here for a reason, or there is no reason. 



Choosing to be with you isn't a difficult decision Jacqueline...
It's easy. Incredibly easy ~ Landon Lucas Maxfield



Review :


This book was nominated and won 2nd Place GOODREADS CHOICE AWARDS 2012: Best Young Adult Fiction . This story is more about Jacqueline's journey to self-awareness than about her romance with the hero. I was inspired by Jacqueline's character in finding ways to protect herself from Buck's attack, how she handled the situation after her break up and getting her life back on track. She learned from her mistakes and found out who she was and what she wanted and then went for it. 

Overall I really impressed with the writing, I loved the main two characters and story. So much love in this book and it was such a sweet read. And all I can say Easy is a New York Times bestseller - a must-read in the New Adult genre for everyone.

Easy is too hot for words. Brainy but Tattooed. My new fictional crush Landon Lucas Maxfield. 


 ...this song Stronger - Kelly Clarkson is about Jacqueline's inner feeling  ...





if you wanna know more about this writer do click on this this link ... tammara webber