Mengintai Cinta Khalifah





Penulis   :  A. Ubaidillah Alias

Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  PTS Litera
Bilangan Mukasurat : 387
Tarikh Terbitan : 2009
ISBN :   978-983-3892-37-2 
Rating :


Ulasan :

Syukur kerana dengan izin-Nya aku masih lagi diberi kesempatan untuk menghayati karya kedua penulis hebat ini selepas Cinta Kembali Bertasbih.  Karya ini juga memaparkan sebuah kisah yang menggetarkan jiwa dan penuh berilmu. Apa yang dapat aku katakan membaca setiap bait-bait ayat dalam karya penulis hebat ini berjaya menyedarkan aku apakah maksud sebenar seorang khalifah itu diciptakan dibumi fana ini. Bahkan menimbulkan suatu perasaan sebak dan getaran di hatiku.


Kisah yang bukan sahaja mampu menyentuh dan melentur setiap hati dan jiwa malah dapat membuka minda para gadis dan teruna di luar sana supaya menghadam kisah ini untuk dijadikan sebagai contoh dan pengajaran dan memahami obligasi sebenar sebagai khalifah. Jangan dicari cinta nafsu tetapi carilah ilmu agama yang dapat memberikan satu kebaikan abadi di akhirat kelak.
 
Subhanallah. Sebuah karya yang sangat sempurna dan sesuai untuk dibaca oleh semua golongan. Banyak mutiara ilmu, nasihat dan maklumat berguna yang dapat aku belajar melalui karya hebat ini. Moga kisah ini dapat memberi manfaat berguna kepada kita semua insya Allah.  
 

Highly Recommended Book. PERFECT
 
 

Sinopsis



 



Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya.

 



  




Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda.

 


Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?




" Ada dua musuh utama manusia. Pertama, kejahilan dalam diri kita. Ia perlu diperangi habis-habisan. Kita perlu mencari ilmu agama untuk meruntuhkan kejahilan sendiri. Kedua, pemikiran atau budaya barat yang merosakkan. Kita perlu mengerti dan memahami ilmu dengan baik untuk mengelakkan budaya buruk meresap ke dalam diri kita "

" Islam tidak menyuruh kita mencari cinta manusia. Islam hanya menyuruh kita mencari ilmu dan beramal mencari kecintaan dan keredaan Allah. Sebelum kita mengenali yang lain, kita perlu mengenali Allah. Sebelum kita mencintai yang lain, kita perlu mencintai Allah "


" Kita harus yakin, setiap ketentuan Tuhan terselit hikmah. Keadilan Tuhan kadang-kadang tersembunyi dan sukar dimengerti. Namun percayalah Tuhan tidak pernah menzalimi hambanya "


" Bila kita mati dan dibawa ke hadapan Allah, Allah akan persoalkan perkara yang berkait dengan diri kita sahaja. Allah tidak akan tanya tentang kerja orang lain. Oleh itu, pastikan kita menjalankan amanah kita sepenuhnya "


" Segala yang ada di dunia ini hanya pinjaman, sebagai modal untuk membuat bekal ke akhirat "


" Nabi pernah pesan bahawa gopoh itu amalan syaitan, bertenang itu lebih disukai Allah "

" Nabi pernah menyebut dalam suatu mafhum hadisnya, barang siapa yang ingin diselamatkan dari kesakitan sakratul maut, kegelapan kubur dan azabnya, hendaklah dia membaca surah as-Sajadah dan al-Mulk sebelum tidur "

" Percayalah, harta dan karier tidak akan mampu menyelesaikan masalah kehidupan. Sebaliknya ia boleh membutakan sifat manusiawi dalam diri kita "

" Nabi bersabda yang mafhumnya berbunyi, 'Sesiapa yang banyak cakapnya, akan banyaklah silapnya. Sesiapa yang banyak silap, akan banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosa, maka nerakalah tempatnya'. " 
 
 ... Thank You ALLAH - Maher Zain ...



Lili Buat Najah





Penulis   :  Nazurah Aishah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Motivation Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Publishing  
 
Bilangan Mukasurat : 530  
Tarikh Terbitan : 2008    
ISBN :   978-967-5118-02-9   
Rating : ★★






Ulasan :

Ini adalah buku ketiga penulis ini yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita dan Rahsia Hati Sofia. Antara ketiga-tiga karya yang telah kubaca setakat ini, aku rasa karya ini yang paling sedih tak terkata. Ternyata selepas membaca setiap baris ayat dari karya ini aku jadi sesak nafas, bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada. Satu lagi kisah realiti kehidupan yang sungguh menyentuh jiwa dan ragaku.


Sejujurnya, watak Tasha dalam karya ini buat aku berfikir lebih jauh akan setiap kebenaran dan dugaan yang dihadapinya.  Mampukah aku untuk menghadapi setiap kebenaran dan menerima takdir yang sebegitu hebat ? Dapatkah aku bertahan dan meneruskan kehidupan selepas mengetahui kita akan kehilangan insan yang paling disayangi ? Hanya mereka yang telah mengalami pengalaman sedemikian yang mampu  menjawab setiap persoalan yang bermain di dalam kepalaku ini. Inilah hakikat kehidupan yang harus kita terima walaupun amat payah kerana setiap dari kita pasti akan menghadapi kematian dan kembali kepada penciptaNya. Hanya doa yang dapat dipanjatkan agar kita akan ditemukan semula dengan insan yang disayangi di syurgaMU insya Allah.



Sinopsis






Nur Natasha Ameera dan Syahrun Najah kenal di depan Stadium Old Trafford dan berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, Tasha dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama Najah yang sudah ada pilihan sendiri. Tasha harus menjadi isteri yang tabah kerana dirinya tidak disukai mertua. 





Baru saja mertuanya dapat menerima perkahwinan mereka, Tasha mengetahui satu rahsia yang selama ini disembunyikan oleh Najah.  Tumor di kepala dan kanser paru-paru yang dihadapi oleh Najah semakin kritikal. Hatinya luluh mendengar berita yang Najah mungkin tidak dapat lama bersamanya. Bagaimanakah Tasha dapat meneruskan hidupnya jika tiada Najah di sisi dan membesarkan dua orang anak kembar mereka











...lagu Kaer - Izinku pergi adalah gambaran luahan hati Najah buat Tasha ...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

Rahsia Hati Sofia





Penulis   :  Nazurah Aishah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Motivation Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Publishing 
 
Bilangan Mukasurat : 553   
Tarikh Terbitan : 2009   
ISBN :   978-967-5118-17-3  
Rating : ★★






Ulasan :

Ini adalah buku kedua penulis ini yang telah kubaca selepas Bukan Hanya Ada Kita. Sejujurnya selepas baca buku pertama penulis ini, aku memang tidak mahu lagi baca karyanya yang lain. Kerana karya pertama penulis ini memang menyesakkan dan buat aku sakit hati. Tetapi, jualan online murah di e-sentral baru-baru ini telah buatkan hati aku bagai ditarik-tarik semula untuk baca karya ini pula. Karya ini juga tema dan ceritanya menjeruk pelbagai rasa dihatiku dan buat aku sakit dada. Kisah yang sungguh lara dan meruntun jiwa dan tidak dapat aku terima ending karya ini yang memang tidak berpihak kepadaku langsung. Agak sukar untuk aku terima kisah ini walaupun aku rasa ini adalah sebahagian daripada seribu satu cerita yang terjadi dan wujud di sekeliling kita.  

Aku terlalu kasihan kepada watak Ikhmal walaupun aku mengerti penderitaan zahir dan batin yang dialaminya yang telah buatkan dia ambil keputusan melepaskan Sofia, isteri yang amat amat dicintai dan disayangi sepenuh hati. Walaupun Sofia tidak rela berpisah dengan Ikhmal, suami yang dikasihi sepenuh jiwa dan raga. Namun, kuasa talak adalah terletak kepada suami. Aku rasa memang tidak adil Ikhmal menghukum Sofia atas apa yang telah terjadi kepada mereka. Tetapi hanya mereka yang mengalami situasi sebegini yang lebih memahami dan dapat menerima hakikat takdir sedemikian. Secara peribadi, aku memang agak terkilan dan agak marah bila Sofia berkahwin dengan Nizam. Jika benar Sofia mencintai dan menyayangi suaminya sepenuh hati, dia tidak akan sanggup untuk mencari pengganti dan mengharap kebahagian baru dan membiarkan Ikhmal menderita seumur hidup. Memang benar orang kata lelaki terlalu pentingkan ego dan maruah. Dan lelaki yang terlalu cemburu tidak akan dapat menerima jika ada orang lain yang memuja isterinya. Tetapi, adakalanya kerana lebih pentingkan cemburu, ego dan maruah diri, ia akan buat lebih ramai hati dan jiwa yang terluka dan sengsara. Sanggupkah kita melakukan sedemikian kepada insan yang pernah kita cinta dan sayangi semata-mata kerana lebih pentingkan ego dan maruah ??? 
 


 Sinopsis


Sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa! 


Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih! 



Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang.... Kenapa harus begitu, Mal? 
Nizam dan Ikhmal Hisham berjiran dan mereka bersahabat baik. Ikhmal Hisham tidak dapat mengawal rasa cemburunya apabila mengetahui Nizam rapat dengan Jihannur Sofia, buah hati Hisham. Nizam dan Sofia pula satu pejabat. Ikhmal menipu keluarga mereka dengan mengatakan dia dan Sofia telah terlanjur. Lalu mereka dinikahkan walaupun Sofia sudah bertukar jadi pembenci.

Dalam satu kejadian di mana Ikhmal telah menyelamatkan Sofia dalam satu rompakan di rumah mereka, Sofia akhirnya sedar yang membenci tidak akan membawanya ke mana-mana. Sinar bahagia kembali menjelma berkat usaha dan doa seluruh keluarga.


Namun mereka didatangi ujian lagi selepas Sofia melahirkan anak sulung. Ikhmal kemalangan,lumpuh dari pinggang ke bawah dan tidak dapat berjalan. Sifat cemburu dan panas barannya kembali sehingga rumah tangga mereka bergolak. Dapatkah Sofia mempertahankan rumah tangganya dengan sikap Ikhmal yang ego, ditambah pula Nizam yang prihatin sering hadir memberi pertolongan? 




..lagu Jangan Ada Benci - Casey ...



 
..lagu Sekuntum Cinta - Wheels ...




The One Yang Terunggul





Penulis   :  Melur Jelita
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Karya Seni Sdn Bhd  

Bilangan Mukasurat : 1211 
Tarikh Terbitan : Oktober 2015 
ISBN : 978-967-0890-63-0 
Rating : 


Ulasan :

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin-NYA sekali lagi aku telah diberi kesempatan untuk membaca dan menghayati sambungan karya The Unsung Hero terbaru penulis favourite aku ini. 


Apa yang dapat aku katakan, buku ini memang patut dan wajib dibaca oleh semua suami dan isteri diluar sana. Tidak perlu aku nak cerita panjang lebar lagi. This story is undeniably touched my heart. Kena beli buku MJ ini dan hayatinya sendiri baru tahu apa maksud aku ini. Kisah ini memang berjaya mainkan perasaan aku, berjaya buatkan aku rasa benci, marah, tidak puas hati dan kecewa dengan watak Abang Wan dan watak Adik Mariam ni tau. Aku jadi benci dan geram bila Maryam berubah sikap dan sanggup ketepikan Wan dan anaknya Chahaya kerana percayakan Riyaz. Tapi aku lebih sedih dan kasihan dan tidak sanggup aku nak tengok Wan menderita dan patah hati. Tapi, apa-apa pun aku tersangatlah suka dengan happy ending cerita ini bila Wan dan Maryam akhirnya saling bermaafan dan sedar dari kesilapan mereka dan saling sayang dan rindu dan bahagia bersama anak-anak mereka Chahaya - buah kasih, Muhammad - buah sayang dan buah rindu mereka yang bakal lahir di bumi salju Scotland.

Kisah ini ada pelbagai rencah dan perisa, penuh berilmu dengan kata-kata nasihat dan teguran, penuh teladan dan tauladan buat para isteri dan suami di luar sana dalam melayari bahtera rumahtangga. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan dengan mata hati dan mata akalmu, nescaya banyak ilmu dan manfaat yang boleh diperolehi setelah selesai membaca karya syahdu hebat ini yang pastinya akan menyentuh hati.
 


Sinopsis



 “KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”



Dalam melayari alam rumah tangga, IRVAN dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana MARYAM yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.


Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”

 



“Sampaikan kepada mereka yang berkenaan. 69 Komando menjadi barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah berjuang berpuluh tahun dari zaman komunis sehingga sekarang. Sentiasa bersedia ditugaskan ke mana sekali pun. Terpisah dari keluarga. Menyerahkan diri dan jiwa kepada negara. Sedikit pun tidak mengeluh kerana ini pilihan mereka. 69 Komando yang berdiri dengan penuh integriti. Penuh bermaruah. Tidak sesekali meratap dan merintih meminta imbuhan dan pingat walau jasa mereka setinggi langit, seluas daratan. Dan segala kehebatan mereka dibawa sehingga mati. Hilang lenyap tanpa diketahui...”







" Sesibuk dan sepenting mana pun hal duniawi, urusan dengan Allah yang diperlekehkan. Jaga hubungan dengan Allah, Allah pasti akan jaga kita "


" The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies. It comes from friends and your loved ones ~ Anon "




... lagu If You're Not The One - Daniel Bedingfield ...