Pelukis Jalanan





Penulis   :  Teme Abdullah  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Motivasi 
Penerbit  :  Iman Publication  
Bilangan Mukasurat : 215  
Tarikh Terbitan : January 2016  
ISBN :    978-983-2423-29-4  
Rating :  ★★






Ulasan :

Walaupun buku ni cerita tentang pengalaman mencabar penulis sewaktu belajar untuk hidup di negara asing. Tetapi memang T.E.R.B.A.I.K buku ni. Banyak perlakuan dan kata-katanya yang boleh dijadikan sebagai panduan dan penaik semangat kepada pembaca. Sangat sesuai kalau aku katakan sebagai buku motivasi bukan sahaja untuk adik-adik di luar sana bahkan untuk semua golongan yang membacanya. Tahniah dan terima kasih Teme kerana telah berkongsi suatu pengalaman yang amat-amat bernilai untuk pembaca. Semoga kisah Teme ini dapat dijadikan sebagai ikhtibar untuk kita semua dan moga Allah memberkati segala usaha dakwah anda yang amat murni dan tidak ternilai ini. 



Jika terlihat kecantikan, Ingatlah PenciptaNya ~ TEME

 
Sinopsis

Kisah Si Pelukis Jalanan

Dapat biasiswa ke luar negara

Terkandas d A-Level

Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri

Kerja di fast food restaurant untuk survive

Bank account balance = 0

Ditikam belakang oleh rakas sekelas

Sebulan makan nasi+telur+garam

Mula melukis di jalanan

Lukisan mula menempah nama di Instagram

Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan


"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.”

 ~ Teme Abdullah



 Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

Dalam hidup, kita takkan dapat benda yang sama dengan orang lain. Takkan pernah sama. Itu rezeki masing-masing.

Sungguh, bahagia itu bukanlah terbit daripada harta berjuta, tetapi daripada penghargaan pada sekecil-kecil kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Dalam keperitan, akan ada diselitkan kebahagiaan sekali-sekala.

Kebahagiaan tidak semestinya datang dengan memiliki.

 
  
Apalah guna nama kalau ia sekadar bergegar di dunia.


Aku Benci Kau !





Penulis   :  Rabihah Nur Ridhuan
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Buku Prima Sdn Bhd
Format   :  EPUB (ebook) 
Tarikh Terbitan : 2013 
ISBN :  978-967-0535-36-7  
Rating :

 

 







 
Ulasan :
 

Karya ini adalah buku kedua kubaca selepas Tanpamu Di sisi. Secara peribadi, aku rasa karya ini agak kurang menyengat dari yang aku harapkan dan aku tidak suka dengan tema dan beberapa watak yang dipaparkan dalam cerita ini. Watak-watak utamanya digambarkan dengan perlakuan yang jauh tersasar dari landasan hidup seorang Islam, kaki minum, kaki pukul, kaki pompuan, kejam, tidak ada perikemanusiaan langsung, dendam dan pengkhianatan terhadap orang yang disayangi


Walau bagaimanapun, aku suka dengan cara penulis melakarkan watak Kayra sehingga berjaya mengubah Darius sedar dan insaf akan segala kesilapannya. Dan ini telah berjaya menarik aku untuk teruskan pembacaan cerita ini.  Perjalanan ceritanya padaku agak meleret-leret dan tidak memberi suatu tekanan pada aku langsung sehinggakan aku seperti boleh buat andaian sendiri akhiran kisah ini. Namun di sebalik kisah yang agak menyakitkan hati aku ni, terutamanya perlakuan watak Adam, Pn Hendon dan Darius ini terselit pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dan teladan kepada para pembaca di luar sana. 
 
   

Sinopsis
 

Aku benci kau! Itu yang pasti. Darius membenci perempuan kerana mamanya. Walaupun dia ahli perniagaan yang berjaya, namun dirinya tersepit kerana fitnah. Dia terpaksa akur dengan perancangan keluarga untuk meminang Adlene Kayra yang kebetulan berhutang nyawa dengan keluarga Darius. Namun Adlene Kayra menolak pinangan itu kerana mengetahui siapa diri Darius yang sebenar. Akibat desakan Puan Hendon, Darius telah menganiaya dan memerangkap Adlene Kayra demi memastikan gadis itu tunduk dan patuh kepada kehendaknya. Apa lagi yang boleh Adlene Kayra lakukan setelah maruah dan harga dirinya dirampas dengan begitu kejam oleh Darius? Selepas perkahwinan ini, mampukah Adlene Kayra bahagia bersama lelaki yang membenci dirinya?

Kali ni aku tak nak kau duduk kat sebelah budak sotong tu lagi. Kalau boleh, kau duduk sepuluh meter jauh dari dia. Kalau tak, neraka tempat kau! - Darius

Memang kau jenis lelaki yang tak tahu hargai perempuan yang baik macam Kayra. Kalaulah aku ada satu peluang lagi, aku pasti takkan lepaskan Kayra pada kau. - Danish Iskandar

Asyik-asyik nak ugut masuk neraka. Kalau cemburu cakap ajelah. Saya tak marah. - Adlene Kayra







kalau ingin tahu lebih lanjut tentang karya penulis boleh klik link ini ye ... Rabihah Nur Ridhuan  





Tertulis Buat Kita





Penulis   :  Dhiya Zafira   
Negara   :  Malaysia    
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Alaf 21   
Bilangan Mukasurat : 566
Tarikh Terbitan : 2012
ISBN :  978-983-124-813-3  
Rating : ★★★
 
 



 

Ulasan :

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga beli buku ini secara terus daripada penulis thriller ni siap dapat autograph lagi tau. Karya ini adalah buku keempat yang telah kubaca selepas Jauh Kau Pergi, Hati Bergetar Rindu dan Setiap Detik Nafasku. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan ini cerita tentang Jimmy dan lepas baca buku ni baru aku kenal siapa Cougar@Mejar Najmi Hariri (Jimmy) ni. Berjaya merungkai banyak persoalan yang aku dok fikir dalam kepala otak sebelum ni. Aku nak ingatkan kalau nak baca buku penulis ni kena baca semua buku yang aku bagi tau kat atas tu ikut turutan ye baru boleh faham keseluruhan cerita sebab semua watak-watak dalam karya ni saling berkait tau. 

Seperti karyanya yang lain pernah kubaca, cerita ini juga mencabar kesabaranku dan buat aku tidak senang duduk selagi tak habis baca. Unsur suspen dan teknik flashback atau imbas kembali dari awal hingga akhir cerita dalam karya ini memang berjaya buatkan aku bersengkang mata nak habiskan baca buku ni dan tak sabar-sabar nak tahu kesudahan cerita Jimmy dan Auni ni. Dan baru aku tau siapa Jeff atau Adli Azeem yang sebenarnya dalam cerita yang pernah kubaca sebelum ini. Walaupun terdapat beberapa kesilapan ejaan dan perkataan dalam karya ini yang sedikit sebanyak buat aku terganggu dengan perjalanan cerita, tapi aku tutup sebelah mata je lah sebab aku memang puas hati dengan cerita ni. Harap karya lepas ni tak ada silap lagi ye sis. Kisah ni pada aku memang agak tragik dan sedih dan aku memang kesian sungguh dengan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Jimmy ni. Mana ada makhluk kat dunia ni yang nak benda-benda macam ni jadi kan Namun setiap yang terjadi itu pasti ada sebab dan hikmah yang tersembunyi dan hanya Allah yang tahu sebab dan jawapannya. Sebagai manusia kita kena terima setiap yang berlaku dengan berlapang dada. Memang payah dan perit untuk kita terima segala yang berlaku, tapi cubalah belajar untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang pernah dan paling kita sayangi. Semoga dengan kemaafan itu, kita akan beroleh rahmat daripadaNYA dan akan lebih mulia disisiNYA insya Allah.

Syabas Dhiya ! Akak suka dengan ending Jimmy yang dapat merasa bahagia juga akhirnya. Tak sangka komando Jimmy ni pun jiwang juga. Teruskan perjuanganmu dalam berkarya dengan tema Thriller abang komando ni ye. K.I.P.I.D.A.P  D.U.N  G.I.V.E.U.P.




Sinopsis

 


AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.

“Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?”
 






JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina. 
“Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”










... lagu Sampai Syurga - Faizal Tahir ~ gambaran hati Jimmy & Auni...





kalau ingin tahu lebih lanjut karya Dhiya Zafira boleh klik link ni... Dhiya Zafira



 

Dingin Salju Wisconsin




Penulis   :  Nurulsham Saidin    
Negara   :  Malaysia    
Bahasa   :  Melayu    
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Galeri Ilmu    
Bilangan Mukasurat : 430 
Tarikh Terbitan : 2013
ISBN :  978-983-097-371-5  
Rating : ★★
 
 



 


Ulasan :
 



سبحان الله‎, الحَمْد لله ini adalah sambungan kisah daripada buku pertama yang telah kubaca iaitu Dingin Salju Indiana. Sejujurnya sambungan kisah ini begitu meruntun jiwaku. Kisah ini juga berjaya menyalakan api kesedaran dalam diri ini.

Sekali lagi Nurulsham
berjaya buat aku terpesona dengan olahan jalan ceritanya menerusi watak-watak utama yang ada dalam karya ini sehingga terkesan sekali dihatiku. Penulis bijak menyusun plot cerita sehinggakan aku terasa seperti jasadku berada di sana dan merasai sendiri segala sentuhan misteri, pengalaman dan apa yang berlaku kepada watak-watak melalui kisah ini.  

Bacalah anda pasti akan merasai debaran dan gelodaknya dan akan sama-sama merasai kancah permasalahan yang dihadapi oleh watak utama iaitu Sarah dalam kisah ini. Walaupun aku agak kurang bersetuju dengan keputusan Sarah menerima lamaran Syamsul sewaktu masih lagi berada di tahun pertama ketika belajar di sana. Namun, mungkin tindakan Syamsul itu pada aku adalah yang terbaik untuk melindungi dan menyelamatkan Sarah daripada tinggal bersendirian di negara orang. 
 

Kisah ini memang terbaik S.U.P.E.R.B. Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada pembaca di luar sana.
    



Highly Recommended Book
 

 
Sinopsis


Enam belas tahun lalu, dalam Dingin Salju Indiana, tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Di sana Jannah, Murni, dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan.

Kini, lewat Dingin Salju Wisconsin, Jannah mengamanahkan sepupunya Sarah yang akan melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat untuk mencari seorang kawan yang tidak pernah pulang-pulang dari sana iaitu Icon. Bersama-sama Sarah adalah Marissa dan Ainun.

Konflik bermula apabila Sarah tiba-tiba jatuh cinta pada Syamsul. Kemunculan pasangan suami isteri, Kak Noor dan Abang Azam yang begitu daif keadaan hidupnya menambah ritma pada novel ini. Begitu juga kehadiran Abang Halim yang tidak pernah pulang ke Malaysia berbelas tahun lamanya, yang menimbulkan persoalan. Apakah nasib Sarah seterusnya? Dapatkah dia menemui Icon seperti yang diamanahkan?




 Hayati mutiara indah yang ditulis di dalam karya hebat ini :-

Ramai yang pandai dari sudut akademik tetapi kematangannya masih di tahap tadika


Doa pelindung diri :-


Setiap  malam baca surah Al-Waqi'ah sampai selesai. Isya Allah akan dapat perlindungan Allah daripada kesulitan dan kemiskinan

Manusia perlu berhijrah supaya hidupnya menjadi lebih baik. 
Sewaktu kita di tempat orang banyak yang dapat kita pelajari 

Berdoalah dan yakinlah yang Allah akan mengabulkannya dalam bentuk yang terbaik, lebih baik daripada yang kita harapkan dalam hati nurani kita. Berdoa dengan yakin. Janganlah berdoa separuh hati. Janganlah berdoa hanya kerana melihat semua orang berdoa selepas solat. Allah yang memberi ujian dan Allah juga yang menyelesaikannya. Tugas kita meminta padanya.

Ya Allah, pimpinlah aku menyelusuri jalan yang lurus

Harta benda itu tiada yang kekal kecuali yang diinfakkan ke jalan Allah

Ada orang berfikir dan tidak berbuat apa-apa, tetapi ada orang berfikir dan melaksanakannya. Inilah orang-orang yang bekerja. Dan jika dia bekerja kerana mahukan keredhaan Allah, insya Allah hidupnya akan berjaya


... Dingin Salju Indiana - Cikgu Syamsul ...
 


... This Worldly Life - Maher Zain ...



 

Dingin Salju Indiana





Penulis   :  Nurulsham Saidin  
Negara   :  Malaysia  
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction  
Penerbit  :  Galeri Ilmu  
Bilangan Mukasurat : 367  
Tarikh Terbitan : January 2010  
ISBN :  978-983-097-245-9   
Rating : 

Ulasan :
 
Pertama kali membedah siasat karya penulis hebat ini. 

Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar. Apa yang dapat aku simpulkan, kisah ini bukan sahaja buat aku jadi sayu hati malah amat-amat menginsafkan diri ini. Tahniah di atas keberanian penulis mendedahkan isu agama berkait dengan kisah pengalaman belajar di perantauan yang penuh dengan pelbagai ujian yang amat getir sehingga mencabar, menggugat dan meruntuhkan tugu keimanan seseorang.

Aku tidak mahu komen lebih-lebih, cukup jika aku katakan ini kisah benar dan memang terjadi di luar sana. Terima kasih Nurulsham ceritamu memang S.U.P.E.R.B dan berjaya buat aku terpukau dengan olahan jalan ceritanya sehingga terkesan sekali dihatiku, terasa seperti jasadku berada di Indiana dan merasai sendiri segala pengalaman dan keindahan yang diceritakan melalui kisah ini.

Apa yang pasti, air mataku ini tidak henti menitis sebak mengenangkan masalah yang seringkali terjadi dan terpaksa dilalui oleh hampir kebanyakan adik-adik yang belajar jauh di perantauan sana. Bacalah anda pasti akan merasa keperitan dan debarannya dan akan sama-sama merasai kancah permasalahan yang dihadapi oleh tiga watak utama iaitu Eton, Murni dan Nana dalam kisah ini.

Syabas, terima kasih dan tahniah kepada penulis hebat ini kerana telah berkongsi dan mengupas kisah isu agama dengan penuh berkhemah. Kisah yang bukan sahaja dapat dijadikan pedoman dan pengajaran kepada pembaca. Malah semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai motivasi, peniup semangat dan peringatan kepada pembaca terutamanya kepada adik-adik yang menimba ilmu jauh di perantauan dalam mengharungi cabaran dan dugaan mendatang. Ingatlah hidup ini tidak selalunya mudah. Tuhan akan menduga kita dengan dugaan yang tidak tergambar dek fikiran kita yang terhad ini !
    


Highly Recommended Book


... Hitam Putih Kehidupan - Dato' Sheila Majid ...




Sinopsis

 
Tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Jannah, Murni dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan. Jannah pernah mengaku kalah di tengah jalan. Masih adakah harapan buat seorang sahabat untuk diselamatkan?

Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya tentang signifikannya watak aneh ini di bumi Allah. Kehadiran Kak Zai mengundang rencah rasa dan memberi semacam katarsis dalam jiwa yang berserabut mazmumah.

Dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Jannah memilih untuk setia, tetapi takdir Allah mengubah segalanya.




 Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

Bijak akademik tak bermakna bijak juga dalam kehidupan. Ramai orang yang bijak pandai tapi hidup mereka hancur.


Surah al-Baqarah ayat 286
Sesungguhnya dugaan Allah itu diberikan mengikut kemampuan kita.
Sesungguhnya kebaikan dan  dan dosa yang kita buat diberi garis panduan sejak awal lagi. Terpulang pada kita untuk memilihnya. Berdoalah kita pada-Nya, agar kita diberi kekuatan seadanya menghadapi  dugaan-Nya.


Yakin dengan janji Tuhan pada hamba-hamba-Nya. Dia telah menggariskan panduan untuk kita. Kita mesti patuh, kerana itulah yang terbaik untuk hidup kita. Kelalaian kita bakal merosakkan diri kita sendiri, bukan sahaja di akhirat, di dunia lagi kita dapat melihat kesannya.


 ... Dalam Kenangan - Wheel ...





... Aku Dan Kenangan - The Brain Connection ...