Seindah Takdir Cinta





Penulis   :  Kamsiah Abu 
Negara   :  Malaysia      
Bahasa   :  Melayu      
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Buku Prima  
Bilangan Mukasurat :  656  
Tarikh Terbitan :  30 April 2013  
ISBN :   978-967-0535-16-6   
Rating :   




 

Ulasan : 

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.   

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku penulis ni setelah agak lama mencari. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan cerita ni agak panjang dan memang mencabar kesabaranku nak habiskan baca buku ni. Namun penulis bijak mengolah perjalanan dan plot cerita setiap watak yang ada dalam cerita ni dan buatkan aku begitu teruja sekali nak tau bagaimana kesudahan kepada watak utama Shahriman, Adrian dan Mia dalam cerita ini. Di akhir cerita ni baru agak sedih memang membuatkan aku sebak sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar.
 

Syabas Penulis ! Aku rasa kisah ini juga memang sesuai sekali dijadikan sebagai pengajaran dan motivasi kepada pembaca dalam mencari keredhaan ALLAH dan untuk membina kehidupan yang bahagia di dunia dan juga di akhirat. Bacalah dan kutip tauladan dan iktibar daripada secebis kisah CINTA SYAHDU HEBAT ini. Sememangnya banyak yang dapat dipelajari dari kisah hebat ini. Setiap takdir yang berlaku itu ada nikmat dan hikmah yang mungkin tidak kita ketahui. Jangan sesekali kita mempersoalkannya dan terima segala ujian mendatang itu dengan redha dan sabar. Insya Allah kita pasti beroleh ketenangan yang dicari. ALLAH itu tidak akan menzalimi hambaNYA.   



Highly Recommended Book 


Sinopsis 

MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.






Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.



 


Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya.

 




Siapakah Shahriman sebenarnya? Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?



 ... Demi Cinta - Ezad Lazim ...



... Takdir Cinta - Fauziah Latiff ...




... Sedetik Lebih - Anuar Zain ...



 

No comments:

Post a Comment