MURTAD





Penulis   :  Hasrul Rizwan
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Komedi Hitam, Thriller, Fiction
Penerbit  :  Buku Fixi
Bilangan Mukasurat : 335
Tarikh Terbitan : June 2012
ISBN :   978-967-03740-0-0  
Rating : ★★ 

 






Ulasan : 

Ini
bukan buku pertama terbitan Fixi kubaca. Tetapi pertama kali baca karya penulis ini. Penulis berjaya mengolah jalan cerita penuh misteri dan buat aku terpinga-pinga. 

Pendapat peribadi, ceritanya memang buat aku kurang faham sikit pada awal pembacaan. Tetapi aku tertarik dengan dua watak kembar Adam dan Akhil dan penggunaan bahasa loghat utara yang berjaya menjentik unsur lucu dan buat aku tersengih je bila baca buku ni. Namun, penggunaan ayat-ayat dalam cerita ni pada aku agak 'kasar' sikit dan agak kurang sesuai untuk adik-adik dibawah umur. 



Sinopsis

Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.
Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.

“Kerja gila apa sebenaqnya ni… haaa??” Akhil bertanya keras.
“Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir
dan apa yang kamu lihat sekarang.”
“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya.”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD.”


- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Adam and Akhil are twin brothers who are hired by a mysterious man to kill Muslims who become apostates. But who is this man and why is he doing this?



 

S.A.M.U.R.A.I





Penulis   :  Dekna Lee
Negara   :  Malaysia    
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction    
Penerbit  :  Love Novel
Format   :   EPUB (ebook)
Tarikh Terbitan :  April 2015 
ISBN :    978-967-0657-71-4    
Rating : 





 
Ulasan :

Ini buku kedua kubaca selepas Hantu Punya Boss. Sorry sis, aku tak berapa suka dengan kisah dalam karya ni. Cerita ni pun tak boleh masuk dengan jiwa aku yang dah old timer ni...Mungkin hanya aku je kot yang tidak boleh nak terima dengan jalan cerita karya ni he he he.



Sinopsis

Aizat, dia sangat menyakitkan hati! Mulut memang laser. Rambut bukan main panjang menyerupai rambut seorang samurai zaman Jepun dulu. Melur rasa tergugat dengan kewujudan sepupunya itu. Sungguh! Sombong dan kasar sekali perwatakannya. Maklumlah, Aizat itu graduan sekolah juvana.

Sepanjang tinggal bersama keluarga Melur, ada saja pergaduhan yang sengaja dicetuskan oleh Aizat.

“Melur? Sampai besar pun kau kena panggil Melur ek? Tak ada nama glamor ke? Kesiannya aku kat kau.” ~ Aizat
“Jangan panggil nama sayalah!” ~ Melur
“Habis tu kalau aku tak panggil kau Melur, aku nak panggil kau apa? Telur?” ~ Aizat

Fitnah tiba-tiba merebak semenjak kemunculan Aizat di rumah Melur. Aizat dan Melur diarah menikah. Melur membantah.

“Macamlah aku hadap sangat nak kahwin dengan kau. Muka kau tu tak dapat aku beza dengan muka monyet belakang rumah! Nyet lagi lawa. Dahlah banyak mulut. Sakit otak aku. Nama pulak Melur. Klasik habis. Aku menikah dengan Jasmin lagi baiklah!” ~ Aizat
“Hei! Ingat saya nak kahwin sangat dengan awak? Entah-entah hari pertama nikah dengan awak, saya dah kena tetak! Bukan boleh kira awak ni. Bekas budak sekolah jahat, kan?” ~ Melur

Mereka disatukan juga walaupun sering bertelingkah. Melur mula jatuh hati dengan Aizat. Namun, ada saja dugaan yang melanda saat mereka baru mengecap bahagia. Kebahagiaan mereka direnggut seseorang.

Melur menyalahkan Aizat atas segala yang telah terjadi. Aizat pergi membawa hati. Siapa yang menyebabkan mereka berpisah? Bagaimana kesudahannya? Mampukah sekuntum bunga melur menjadi penyeri?