PAKAR





Penulis   :  Nadia Khan    
Negara   :  Malaysia    
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Cinta, Komedi, Penyiasatan
Penerbit  :  Buku Fixi    
Bilangan Mukasurat : 209  
Tarikh Terbitan : 2015  
ISBN : 978-967-0750-62-0 
Rating : ★★++
 




 


Ulasan :

Ini buku ketiga yang kubaca selepas Kelabu dan Gantung.

Nadia ni memang suka buat cerita belit-belit ni tau sampai tonggang terbalik  otak aku nak kena fikir...kah kah kah...

Apa yang aku boleh tulis kat sini, lepas habis baca dua cerita dalam buku nih, baru boleh tarik nafas panjang dan lega rasanya...macam biasa memang kena main aje dengan si Nadia nih...tapi buku ini macam kurang umpphh sikit daripada dua buku yang aku dah baca sebelum nih...harap penulis akan terbitkan buku baru Gantung 2 ke ? 



Sinopsis 


Dua novella dalam satu buku – cerita pertama tentang pakar pencuri jodoh (bukan typo). 

Cerita kedua tentang pakar sakit hati (juga bukan salahguna perkataan).

Kata orang, “Kalau masalah berlanjutan, sila berjumpa dengan pakar.” Tapi apa jadi bila pakar tu sendiri bermasalah?
 






 

My 'Sewel' Guy




 
Penulis   :  Aimy Haniya
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  : Karyaseni Enterprise
Bilangan Mukasurat : 750
Tarikh Terbitan :  Nov 2015
ISBN :   978-967-0890-71-5
Rating :  




 



Ulasan : 

Pertama kali baca karya penulis yang baru kukenali ini. Tertarik untuk baca setelah terbaca beberapa comments yang agak mengujakan di lawan sesawang kata ini kisah romantik komedi. Oleh kerana aku tengah agak serabut sekarang ni, aku harap buku ini boleh hilangkan segala tekanan yang aku ada la ye.

Secara peribadi, cerita ini pada amatan aku biasa-biasa aje, agak klise biasa novel melayu ni memang gitu jalan ceritanya aku macam dah boleh agak camne endingnya, aku ingatkan cerita tentang orang sewel betul, rupanya belum tahap tu cuma major depression je...Tetapi apa yang buat aku tertarik untuk terus baca buku ni, penulis pandai mengolah plot cerita yang santai dan lucu dan tak ada bab sedih-sedih keluar air mata. Watak-watak utama dalam cerita ni seperti Dahlia, Nasri Haikal, Dr Ridhwan dan watak-watak yang ada dalam cerita ni berjaya dikembangkan dengan tersusun dan berjaya mencuit hati aku. Dan yang paling aku suka layan watak Nasri dan Dahlia memang boleh buat aku gelak, sengih, berkerut dahi, ternganga pun ada jugak. Penulis juga berjaya letak unsur suspen dan misteri yang buat aku tertanya-tanya sampai boleh bersengkang mata hingga ke pagi sebab nak tahu kesudahan cerita ni. Memang happy ending gamaknya. 

p/s cerita ni buat aku teringat dengan novel Inggeris Me Before You, sama ke ???
 
 



Sinopsis 


“Sewel bukan halangan untuk aku merasai manisnya cinta kita…”

Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil.
 

 


“Awak sengaja nak kacau saya ke?” - Nur Dahlia 

“Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal

“Bukan kacau yang itu…” - Nur Dahlia

“Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” - Nasri Haikal

 





Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya.

“Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” - Nur Dahlia

“Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” - Nasri Haikal

“Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” - Nur Dahlia

“Itu kan telefon aku.” - Nasri Haikal

Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu.

Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat, Dahlia merasai kehadiran 

lelaki sewel bernama Nasri Haikal.


“Kalau kau buka mata kau besar-besar, kau tentu nampak ada lelaki yang nak kahwin dengan kau.” - Nasri Haikal

“Dah… Dah buka besar-besar ni. Dekat mana lelaki tu? Dekat dalam kereta depan tu ke?” - Nur Dahlia

“Ni… Lelaki tu dekat sini.” - Nasri Haikal

“Mana? Awak ke?” - Nur Dahlia

Perlukah dia meletakkan cintanya kepada seorang lelaki sewel sekali gus menolak Ridzwan yang pernah berada dalam hati kecilnya? Setiap masa dan perbuatan Nasri Haikal… Takkan tidak pernah mencuit hatinya? Akan bahagiakah Dahlia jika menerima lelaki sewel idalam hidupnya?





... lagu Photograph - Ed Sheeran...








Dapur Wawa





Penulis   :  Ika Madera
Negara   :  Singapura
Bahasa   :  Melayu  
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat :415
Tarikh Terbitan : March 2012
ISBN :   978-967-511-881-4 
Rating :  





 

Ulasan : 

Pertama kali membedah siasat karya penulis hebat ini.   

Apa yang dapat aku tulis kat sini, cerita ini memang T.E.R.B.A.I.K dan berjaya buat aku terpukau dengan jalan ceritanya yang begitu sempoi dan bersahaja tetapi amat-amat terkesan sekali dihatiku, terasa seperti ceritaku masa mula-mula bergelar isteri dan baru nak belajar memasak untuk cik suami tersayang masa dolu dolu ha ha ha. Dalam cerita ni juga, penulis banyak berkongsi resepi yang boleh buat aku meleleh air liur dibuatnya dan betul-betul mencabar aku untuk cuba masak tau. Memang semuanya sedap-sedap belaka. Rugi kalau tak cuba... 

Secara keseluruhan aku seronok layan baca buku ini dan memang terhibur dengan aksi watak Wawa yang kelakar ni. Ceritanya ada kala memang mencuit hati dan menghiburkan tapi dalam masa yang sama buat aku rasa sebak hingga mengalirkan air mata. Bacalah, anda pasti akan terpaut hati dengan kisah suka duka Najwa yang penuh dengan pengajaran berguna khasnya untuk kita yang bergelar wanita.



Sinopsis





Semua orang suruh kahwin dan Wawa tidak pernah peduli. Wawa sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan Kak Pah serahkan padanya fail ‘Encik Abu’.


“Apa ni?” Fail biru dengan kod 100789 terletak di hadapan Wawa.
“Ini fail klien Kak Pah. Cuba Wawa lihat.” Jawab Kak Pah.
 





Dalam fail itu, tertera biodata bujang trang tang tang ‘Encik Abu’ Abdullah, yang bonda yakin sangat-sangat, secocok dengan Wawa. Haah? Drebar mahu dicalonkan dengan Wawa, pekerja kelas atasan? Hesy, bonda! Tak sesuai langsung!

 

Tapi, jodoh itu di tangan Tuhan. Biarpun pada mulanya Wawa menolak, ternyata ‘Encik Abu’ itu jodohnya. Masalahnya, Wawa ni jarang sekali masuk ke dapur! Nanti nak kasi anak lelaki orang tu makan apa?

 

Maka berpencaklah Wawa di dapur, belajar memasak; belajar mengemudi kehidupan baharu; belajar menyesuaikan diri dengan kejutan-kejutan dalam hidup baharunya.



Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 
Apabila kita diuji, baru kita tahu kita berada di tahap yang mana. Dan setakat manakah redanya kita pada ujianNYA.



... lagu Pedoman - Nora ...