Aku, Dia & Pinky Promise





Penulis   :  Anna Lee
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Fantasy, Chick Lit, Romance 
Penerbit  :  Fajar Fakeer 
Bilangan Mukasurat : 593 
Tarikh Terbitan : 2014 
ISBN : 978-967-365-203-7
Rating :
+++




  


Ulasan :
 
Ini adalah buku ke 2 kubaca selepas Mesej.
 

Apa yang aku boleh tulis kat sini, ini cerita tentang yang meninggalkan dan yang ditinggalkan. Kisah time travel ni memang S.U.P.E.R.B. Walaupun otak aku tonggang terbalik nak kena fikir sebab teknik imbas kembali dan suspen cerita zaman sekolah dan cerita waktu sekarang berselang seli. Pembaca perlu hayati jalan cerita dengan betul-betul, kalau tidak memang pening kepala tau. TETAPI penulis berjaya membuai dan mainkan perasaan aku dan buat aku tertanya-tanya dan hampir tertipu dengan andaian aku sendiri. 

Baru aku tau bagaimana rasanya orang yang hilang ingatan dan apa itu penyakit amnesia retrograde dan amnesia anterograde - ialah pesakit atau orang yang tidak dapat mengingati maklumat baru selepas terjadinya kemalangan. Hal-hal yang baru terjadi sepatutnya tersimpan dalam memori jangka pendek telah hilang.

Ye memang betul, bukan aku je, semua orang pun inginkan peluang kedua kalau dapat diputar kembali masa ke zaman lampau dan ubah dan betulkan segala kesilapan yang kita dah buat supaya sejajar dengan apa yang kita inginkan sekarang betul tak ???. Namun, memang mustahil. Sekali lagi penulis hebat ini berjaya buat aku terpesona dan sungguh terkesan sekali dengan jalan ceritanya menerusi watak-watak utama Saleha dan Azri yang ada dalam karya ini. Membazir je air mata aku nangis tau sebab ingatkan Azri ni dah tak ada lagi dalam dunia ni. Siapa yang tak sedih dan sebak dengan keadaan Azri nih kan...Jangan sedih, putus asa dan fikir kita tidak disayangi oleh ALLAH dengan apa yang telah terjadi kepada diri kita sekarang kerana setiap apa yang telah berlaku dan telah kita alami sejak kita lahir ke dunia ni hingga sekarang adalah sebuah pengalaman dan pelajaran yang berguna buat kita yang bergelar manusia ini untuk teruskan kehidupan di dunia ini hingga ke akhir nafas. Sabar, doa dan terima segalanya sebagai ketentuan yang ALLAH telah berikan kepada kita. Insya Allah kita pasti akan dapat terima segalanya dengan ikhlas.

Semoga kisah ini dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada pembaca di luar sana. T.E.R.B.A.I.K.

 

Sinopsis

 
Siti Saleha berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya.

Kedua, cari Daniel! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin.




Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

“Cikgu Hazam hantar kau jadi pemerhati ke?”
“Kau tak pandai beza ke dua perkataan, belajar dan pemerhati? Kau faham maksudnya, kan?”

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?


“Perpisahan menjadikan cinta kita semakin kuat, hati kita semakin jelas. Masa tu, aku akan kembali pada kau.”
“Aku akan tunggu kau.”
“Aku akan cari.”


... lagu Memori Tercipta - Shila Amzah ...


... lagu Bayang - Khai Bahar ~ luahan rasa hati Azri ...



... lagu Cinta - Jaclyn Victor ft. Misha Omar ~ luahan rasa hati Saleha ...






kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye... 
Anna Lee  


 

No comments:

Post a Comment