Mikayla





Penulis   :  Melur Jelita  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction 

Penerbit  :  Karya Seni
Bilangan Mukasurat : 652  
Tarikh Terbitan : November 2016
ISBN : 978-967-469-020-5
Rating : +++




 


Ulasan :

Aduhai, ini yang se payah nak kobar an ni he he he...

Aku tak nak comment panjang, cukup kalau aku katakan ini adalah karya MJ yang ke 6 kubaca selepas Awak Suka Saya Tak?, I Love You Stupid!, My Precious Iris, The Unsung Hero, The One. Tapi kenapa aku rasa macam tak puas hati je baca karya baru ni yek...betul tak tipu cerita MJ kali ni memang buat aku geli hati tergelak sampai senak perut, memang terhibur dan seronok layan perangai si Hardie ni tapi perjalanan ceritanya terlalu singkat dan akhiran ceritanya tergantung macam tu je. Memang buek se tak pueh ati sungguh  he he he...

So sad what an unexpected stories.

Abih camno se nak kobar an ???

p/s se kono bacho laie satu round ni he he he baru pueh hati se...


Sinopsis

Dengan… 

Atau tanpamu…
Aku tetap berlari!






Hardi-E. Ar Rahman

Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH)


Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.




 







Wan Adra Mikayla

Kononnya berdarah Bugis

Dicop keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!





Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau
Jadilah asam pedas astaghfirullahalazim 
bertemu masak lomak cili padi Alhamdulillah.

Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut.
Jawapan Hardie: Saya main-main Aje.

Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bahru?!
Cap mohor Mikayla jelas bertanda di dada Hardie!


Dengan...
Atau tanpamu...
Aku tetap tersenyum...


... lagu Pantun Serobo Tak Kono - Ally Noor & Mastura ...


 
 

FUGITIF




Penulis   :  Maya Iris
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     : 
Malay Fiction, Thriller, Romance 

Penerbit  :  Buku SO
Bilangan Mukasurat : 541
Tarikh Terbitan : December 2016
ISBN : 978-967-0990-10-1
Rating :









Ulasan :

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!



Sinopsis


Menakluk dunia. Itu agenda Konsortium. Untuk dipersembahkan kepada 'Raja Besar' yang berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Namun, perancangan itu terencat akibat campur tangan tidak sengaja dua orang rakyat Malaysia. Pasangan suami isteri ini perlu dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun.

Demi keselamatan, Dr. Ehsan dan Nur Sayang menjadi pelarian tanpa rela.

"Jangan terpisah. Selagi kita bersama, kita kuat." - Nur Sayang.

Tragedi menimpa. Mereka terpaksa melarikan diri lagi. Bersembunyi di sebuah tempat terpencil. Namun, igauan ngeri itu belum berakhir.

Serangan Konsortium terhadap ahli keluarganya membuatkan Dr. Ehsan kembali ke Mesir. Meminta pertolongan Arielle. Tapi, bayaran yang diminta adalah perpisahan dengan isteri tercinta.

"Kita mesti berhadapan dengan realiti, sayang. Sampai bila kita mahu hidup dalam alam fantasi? Hidup dalam mimpi? Hidup dalam angan-angan? Setiap dongeng, ada pengakhirannya. Bagi kita, kisah kita berakhir hari ini." - Dr. Ehsan.

Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup? Bertemukah mereka akhirnya? Berjayakah Konsortium merealisasikan agenda mereka?