VEHAEN : Satu Cerita





Penulis   :  Ainul Farihah
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction
Penerbit  :  Jemari Seni
Bilangan Mukasurat : 528
Tarikh Terbitan : Disember 2013
ISBN : 978-967-0508-50-4
Rating :









Ulasan :

Maaf, ketika ini aku sedang 'membedah siasat' karya hebat ini. Tunggu ulasan aku nanti ye!



Sinopsis

Rif’at, anak kelahiran Palestin yang dibawa ke Malaysia dan dijadikan anak angkat. Dia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah. Impiannya tercapai apabila dia mengenali Imran.

“Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat bertemu di sana.”

Imran, pelajar yang bermasalah dan dianggap ketua taiko di sekolahnya. Dia mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif’at.

“Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, adalah peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif’at.”

Amrullah, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat.

“Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi?”


Ikatan persahabatan yang dibina di Vehaen University sangat berharga bagi Rif’at, Imran dan Amrullah. Namun, ukhuwah mereka diuji dengan pelbagai dugaan, seorang demi seorang. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini?



 

MESEJ





Penulis   :  Anna Lee  
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Fantasy, Chick Lit, Romance 
 

Penerbit  :  Prolog Media  
Bilangan Mukasurat : 536  
Tarikh Terbitan : December 2015  
ISBN : 978-967-13211-2-6
Rating :






Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis ini.

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku baca buku penulis ni setelah agak lama mencari. Aku tak nak comment panjang lebar, cukup kalau aku katakan ini cerita time travel dan memang luar alam tak pernah lagi aku baca cerita gaya camni. Kalau aku fikir-fikir dalam dunia sebenar ni memang tak logik dalam kepala aku yang masih waras lagi nih.Tapi, penulis ni memang S.U.P.E.R.B bijak mengolah perjalanan dan plot cerita watak Arya, Jason dan Nik yang ada dalam cerita ni. Sampaikan aku semacam terpukau dan khayal dalam dunia rekaan penulis. Sedar-sedar diri aku dah pecah rekod peribadi berjaya habiskan baca buku yang ketebalannya agak mustahil dapat aku habiskan dalam masa 8 jam tuh tengok jam kat dinding dah pukul 3 pagi...pergghh memang 'berhantu' sungguh penangan buku nihh...
 

Tahniah Cik Penulis ! Cerita anda memang 'berhantuuu', memang berjaya mainkan perasaan aku. Macam-macam yang aku rasa, ada geli hati, ada ketawa terbahak-bahak dengan perangai Arya dan Nik, ada kesian dengan Aria, tapi yang paling sedih bila dapat tahu pasal Jason yang sakit kanser. Dan paling suspen bila Arya jumpa Jason di hospital nampak lelaki tua rambut putih !!! Aku jadi terpukau dan terbuai dengan watak Aria, Jason dan Nik
. Tonggang terbalik otak aku nak kena fikir. Semua andaian aku tak mengena langsung. Memang tak sangka Jason dan Nik adalah orang yang sama... tapi hati aku jatuh tergolek-golek pada Nik laa...kah kah kah.


Cuma di akhir cerita tu aku tak berapa nak faham kenapa tiba-tiba muncul cik penulis ? macam tak berapa nak kena pulak...banyak 


Sinopsis

 





Hidup Aria huru-hara apabila rumah yang disewanya berhantu. 

Tetapi, benarkah rumah itu berhantu?



Pertemuan Aria dan Jason sangat pelik. Tak tercapai dek akal manusia normal.
 

Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luarbiasa.

Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar.
Berani?








... lagu Besame Mucho - Andrea Bocelli ...



Hayati mutiara indah yang tertulis di dalam karya hebat ini :-

 
Some people said, sometimes the scariest things in life are the one worth the most

Kadang-kala tak cukup dengan berfikir. 
Masa juga memainkan peranan.



kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penulis boleh klik link ini ye...  

 


Ini Satu Cerita Alter Ego





Penulis   :  Faizal Dzasrik 
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Malay Fiction 

Penerbit  :  PTS One Sdn Bhd  
Bilangan Mukasurat : 416 
Tarikh Terbitan : 2013 
ISBN :  978-967-401-148-2
Rating : +++


 

 

Ulasan :

Pertama kali membedah siasat karya penulis muda ini.

Pendapat peribadi, cerita tiga sahabat bujang trang tang tang dalam karya ni memang menarik dan berjaya mencuit hati aku. Buat aku tersengih dan tergelak sungguh dengan perangai tiga bujang nih...Suatu kelainan bila mereka bertukar identiti masing-masing dan menyelami perasaan orang lain. Baru tahu bagaimana susah rasanya jadi orang lain dan bukan diri sendiri...Baru aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorang insan bergelar L.E.L.A.K.I. he he he




Sinopsis

Ini satu cerita....

Karya Agung


Lebat Rezeki


Telenovela


Melankolia


Ranggi Metropolis


Merah itu Cinta


Mahaguru


Retrolistik

Mereka muncul kembali. Tiga lelaki berbeza, tiga perempuan berbeza.

Apa pula kisah mereka kali ini? Menarik sangatkah kisah hidup mereka?

Ini Satu Cerita Alter Ego.