ANTOLOGI Cinta Dia






Penulis   :  Hezzy Azra,Lynn Dayana,Dhiya Zafira
Negara   :  Malaysia
Bahasa   :  Melayu
Genre     :  Cinta
Penerbit  :  Poreng Kertas
Bilangan Mukasurat : 454
Tarikh Terbitan : January 2016
Rating : ★★


 




Ulasan :

Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya aku telah diberi kesempatan dan dapat membeli terus buku ni daripada Hezzy Azra penulis kesayangan aku ni tau. Baru aku tahu rupanya Antologi ni maksudnya kumpulan cerita yang dihasilkan oleh pengarang/penulis yang berlainan dalam satu buku. Karya ni adalah gabungan cerita pendek atau CERPEN yang ditulis gabungan ilham daripada tiga orang penulis terkenal. Rasanya satu Malaya dah kenal kot the three AWESOME WRITERS ni he he he ... 

Memang tak sangka walaupun tiga penulis ni punya watak, aliran dan gaya cerita yang berbeza. Namun kisah ini punyai satu persamaan dan perasaan yang sama dan juga punyai kekuatan yang tersendiri. Aku kenali Hezzy Azra melalui karya romantisnya, Lynn Dayana ni aku baru baca 1 je karyanya dan masih belum kenal sangat. Dhiya Zafira ni pulak aku kenali melalui cerita thriller yang tidak pernah menghampakan aku. Macamana nak cakap yek ?  Tetapi percayalah, kisah yang ditulis ini bukan sekadar kisah belasahan biasa tetapi tinta ini lahir daripada sanubari tiga penulis itu sendiri. Tahniah dan terima kasih tiga CHENTA . Cerita kalian memang OOMPH. 


Welldone LADIES, your stories really make my day a little brighter






Kala Melodi Bertukar Rentak, Hati Yang Tenang Mula Memberontak 


Ini sambungan daripada Melodi Kasih. Ceritamu ibarat melayar kembali melodi kasihku. Mencambah semula bunga asmara. Malah semakin semarakkan lagi api cintaku. Zasss ! Memang puas hati tahap O.V.E.R.L.O.A.D dapat tahu sambungan kisah Zaha & Fariq ni. Pengalaman akan mendewasakan kita dan belajar daripada kesilapan lalu. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteriSungguh, kau akhiri penantianku selama ini...


... Diana Ross & Lionel Richie - Endless Love ~ gambaran hati Zaha & Fariq ...



kalau ingin tahu lebih lanjut karya Hezzy Azra boleh klik link ni... Hezzy Azra



Ini cerita ABC (Amry, Benz dan Chairyl) bersama Ai. Ini bukan kisah cinta larangan. Tetapi cerita zaman pampers yang menggamit nostalgia stok cinta semalam yang telah terpahat teguh dalam gudang hatiku ini. Percayalah, cerita ini buat aku T.E.R.S.E.N.G.I.H je. " Setia... Dalam hidup ini kita kena setia. Walaupun banyak halangan.". Teringat zaman dolu dolu ketika bersama insan-insan tersayang ha ha ha... Mintak tolong sangat-sangat sambung cerita ni ye Lynn, tak puas hati nak tahu macamana kisah Ai & Chairyl seterusnya. Tak sabar nak tunggu kisah Amry dan Benz juga...

...Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir ~ gambaran hati Chairyl bersama Ai...



kalau ingin tahu lebih lanjut karya Lynn Dayana boleh klik link ni... Lynn Dayana



 
 Siapa Aku, Siapa Kamu Hanya Tuhan Yang Tahu

Seperti karyanya yang lain pernah kubaca, cerita ini juga mencabar kesabaranku dan buat aku tidak senang duduk selagi tak habis baca. Lepas tu aku kena ulang baca sampai aku betul-betul faham. Arrghh,  tidak suka ending macam ni Dhiya !!! Jangan buat aku jadi P.A.N.A.S.A.R.A.N...Adoi doi doi tak sabar nak tahu apa jadi pada Haq & Alin !!! Tolong sambung cepat-cepat Dhiya, sebab tahap kesabaranku dah semakin menipis nih...


...When I'm Back On My Feet Again - Michael Bolton ~ gambaran hati Haq & Alin...

 

kalau ingin tahu lebih lanjut karya Dhiya Zafira boleh klik link ni... Dhiya Zafira




... kalau nak tahu inilah dia  the three AWESOME WRITERS ...


... Dari mana datangnya lintah ...


... Dari sawah turun ke kali ...


... Dari mana datangnya cinta ...


... Dari mata turun ke hati ...




No comments:

Post a Comment